Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

7) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peruntukan yang telah diluluskan dan dibelanjakan dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009 mengikut DUN?

    Peruntukan yang telah diluluskan pada setiap tahun bermula 2009 adalah sebanyak RM 3.45 Juta dan peruntukan ini dibahagikan sama rata kepada 56 Dun. Walau bagaimanapun, Dun Kampung Tunku telah tidak menggunakan peruntukan tersebut dan peruntukan yang telah diberikan itu telah dikongsikan bersama Dun Sungai Panjang dan Dun Pelabuhan Klang yang memerlukan peruntukan tambahan disebabkan bilangan pelajar yang ramai.

  2. Berikan bilangan pelajar yang telah menerima manfaat dalam program ini dan adakah kerajaan akan menambah bilangan mata pelajaran demi menjadikan PTRS lebih menarik kepada pelajar-pelajar?

    Jumlah pelajar yang telah menerima manfaat dalam program ini sejak tahun 2009 sehingga 2011 adalah sebanyak 13,417 orang. Berikut adalah bilangan pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mengikut Dun.

           
      BILANGAN PELAJAR
    BIL NAMA KAWASAN (DUN)      
          2009   2010   2011
    1 HULU BERNAM 100 104 93
    2 KUALA KUB BARU 100 65 34
    3 RAWANG 100 100 100
    4 BATANG KALI 80 50 90
    5 TAMAN TEMPLER 100 90 58
    6 BATU CAVES 85 65 79
    7 BUKIT ANTARABANGSA 100 100 122
    8 GOMBAK SETIA 85 88 77

     

    9 HULU KLANG 75 45 102
    10 LEMBAH JAYA 89 75 90
    11 KAJANG 100 70 30
    12 CEMPAKA 68 53 20
    13 SEMENYIH 95 160 116
    14 TERATAI 85 35 154
    15 DUSUN TUA 95 130 76
    16 DENGKIL 35 100 90
    17 BALAKONG 100 90 68
    18 BANGI 100 95 39
    19 SRI KEMBANGAN 75 65 95
    20 SRI SERDANG 100 65 38
    21 KINRARA 80 60 53
    22 DAMANSARA UTAMA 100 89 17
    23 BUKIT LANJAN 50 100
    24 TANJUNG SEPAT 100 100 100
    25 SIJANGKANG 100 100 100
    26 TELOK DATOK 100 104 100
    27 MORIB 100 100 98
    28 SUNGAI PELEK 100 100 85
    29 SG AIR TAWAR 40 96 99
    30 SABAK 75 90 100
    31 SUNGAI PANJANG 60 100 140
    32 SEKINCHAN 79 72 83
    33 SUNGAI BURONG 100 100 100
    34 PERMATANG 48 45 50

     

    35 BUKIT MELAWATI 100 100 100
    36 IJOK 100 100 100
    37 JERAM 100 100 120
    38 KUANG 93 82 98
    39 SUBANG JAYA 12 27 20
    40 SERI SETIA 50 90 80
    41 TAMAN MEDAN 95 100 92
    42 BUKIT GASING 8 20 46
    43 KAMPUNG TUNKU
    44 PAYA JARAS 44 100
    45 KOTA DAMANSARA 70 79 77
    46 KOTA ANGGERIK 70 100 100
    47 BATU TIGA 100 100 85
    48 MERU 100 100 130
    49 SEMENTA 100 100 100
    50 SUNGAI PINANG 51 50 49
    51 SELAT KLANG 89 98 100
    52 PELABUHAN KLANG 62 158
    53 PANDAMARAN 51 42 53
    54 KOTA ALAM SHAH 57 88 30
    55 SERI ANDALAS 74 57 42
    56 SRI MUDA 100 100 100
      JUMLAH KESELURUHAN 4333 4508 4576

    Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor buat masa ini tidak bercadang untuk menambah bilangan matapelajaran sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Program Tuiyen Rakyat Selangor (PTRS), dan ini juga disebabkan oleh peruntukan yang terhad. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Selangor telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program tambahan khusus untuk matapelajaran Matematik Tambahan bagi meningkatkan pencapaian keputusan pelajar dalam matepelajaran tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.