Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

3) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPAJ ZON 24

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ahli Majlis MPAJ Zon 24 telah membelanja untuk lawatan sambil belajar ke Kelip-Kelip Kuala Selangor pada tahun Nov 2011 sila jelaskan kenapa kos tersebut begitu tinggi dan sila kemukakan semua bukti atau bil.

    Program Lawatan Sambil Belajar ke Kelip-kelip Kuala Selangor telah dicadangkan oleh JKP Zon 24. Pihak MPAJ telah  meluluskan peruntukan RM10,472.00 kerana ia tidak menyalahi garis panduan permohonan peruntukan kepada JKP oleh Ahli Majlis. Garis panduan tersebut menyatakan bahawa JKP boleh melaksanakan program-program kemasyarakatan untuk penduduk. Walau bagaimanapun, program Lawatan Sambil Belajar ke Kelip-kelip Kuala Selangor tersebut tidak diadakan dan telah dibatalkan.

  2. Ahli Majlis MPAJ Zon 24 telah membelanja peruntukkan hiasan bagi Hari Raya Cina 2011 sila kemukakan semua bukti seperti dimanakah lampu ini digantung dan bil.

    Ahli Majlis Zon 24 telah mengadakan program hiasan lampu sempena Tahun Baru Cina di sekitar kawasan-kawasan Pangsapuri Meranti, Pangsapuri Kempas, Pangsapuri Cengal, Danau Mas, Taman Bukit Segar, Pangsapuri

    Monte Bayu, Taman Bukit Segar Jaya 2, Pangsapuri Cemara, Pangsapuri Bukit Segar Dan Pejabat JKP. Perbelanjaan bagi program ini berjumlah RM3,150.00. Sila rujuk lampiran 1 hingga lampiran 9 untuk bukti dan bil.

  3. Berapakah jumlah peruntukkan ahli majlis zon 24 digunakan untuk pengubahsuaian pejabat dan adakah kegunaan tersebut dibenarkan? Sila jelaskan.

    Pihak MPAJ telah melaksanakan keputusan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih dewan-dewan orang ramai di kawasan pentadbiran MPAJ melalui keputusan MMKN 18/2008. Setiap JKP telah diperuntukkan RM 7,000.00 untuk pembaikan dewan-dewan tersebut. Sebuah dewan orang ramai yang telah uzur diambil alih oleh MPAJ di kawasan JKP Zon 24. Pihak MPAJ mendapati dewan orang ramai tersebut telah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh digunakan sebagai dewan orang ramai dan pejabat JKP Zon 24. Kerosakan yang terdapat pada dewan tersebut adalah seperti kerosakan pada lantai, bumbung dan tandas. Arkitek daripada jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ telah mengesahkan kerosakan-kerosakan pada bangunan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak MPAJ telah bersetuju meluluskan peruntukan RM8,000.00 untuk JKP Zon 24 dengan mengambil kira kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi membolehkan dewan orang ramai termasuk pejabat JKP Zon 24 tersebut sedia untuk digunakan. Kerja-kerja pembaikan yang terlibat adalah seperti memasang bumbung, membaiki tandas, membaiki lantai, saluran air hujan, membekalkan air, memasang pintu serta tingkap dan jeriji besi, mengecat dan pembersihan telah siap