Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

2) HASIL PENDAPATAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan berapakah jumlah cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri secara perbandingan sejak 5 tahun yang lepas ?

    Jumlah cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri sehingga 31 Disember 2011 adalah sebanyak RM1.634 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM62.5 juta atau 4% berbanding kutipan tahun 2010 sebanyak RM1.571 bilion. Perbandingan jumlah hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2005 sehingga tahun 2011 adalah seperti di Jadual 1 di bawah:

    Jadual 1 : Hasil Negeri Selangor Bagi Tahun 2005 hingga 2011

    PERIHAL 2005 2006 2007 2008
    RM RM RM RM
    Hasil Cukai 360,770,247.08 452,126,308.67 446,049,926.81 495,832,249.38
    Hasil Bukan Cukai 474,617,260.72 491,907,792.08 559,819,627.25 676,940,720.95
    Terimaan Bukan Hasil 132,369,254.36 216,175,832.78 279,230,550.86 343,568,687.24
    JUMLAH HASIL 967,756,762.16 1,160,209,933.53 1,285,100,104.92 1,516,341,657.57
      PERIHAL 2009 2010 2011  
      RM RM RM  
      Hasil Cukai 471,561,692.78 517,744,564.31 534,323,456.32  
      Hasil Bukan Cukai 471,153,395.01 674,055,368.07 791,183,353.58  
      Terimaan Bukan Hasil 821,154,577.30 379,703,774.44 308,502,335.21  
      JUMLAH HASIL 1,763,869,665.09 1,571,503,706.82 1,634,009,145.11  
  2. Sila senaraikan berapakah jumlah tunggakan hasil bagi setiap Pejabat Daerah Dan Tanah serta kesemua PBT di Negeri Selangor sehingga 31/12/2011 ?

    i) Jumlah tunggakan hasil Cukai Tanah Negeri Selangor sehingga 31 Disember 2011 adalah berjumlah sebanyak RM425,276,892.04. Perincian tunggakan bagi setiap Pejabat Daerah dan Tanah adalah seperti berikut:

    BIL Pejabat Daerah dan Tanah Jumlah Tunggakan Hasil

    Cukai Tanah Sehingga

    31 Disember 2011 (RM)

    1. Klang 52,123,314.06
    2. Petaling 196,666,002.96
    3. Gombak 60,458,097.15
    4. Hulu Langat 33,078,746.37
    5. Hulu Selangor 67,381,109.96
    6. Kuala Selangor 4,629,411.78
    7. Sepang 5,204,177.80
    8. Kuala Langat 4,339,665.42
    9. Sabak Bernam 1,396,366.54
      Jumlah 425,276,892.04

    Sumber: Penyata Tunggakan Hasil, SPHT-MIS

    ii) Jumlah Tunggakan Cukai Taksiran sehingga 31 Disember 2011 berdasarkan Laporan Bulanan yang dikemukakan oleh PBT Negeri

    Selangor adalah seperti berikut:

    BIL PBT Jumlah Tunggakan Cukai

    Taksiran Sehingga

    31 Disember 2011 (RM)

    1. MBSA 11,225,631.17
    2. MBPJ 20,297,341.00
    3. MPK 17,935,379.98
    4. MPAJ 5,564,628.80
    5. MPSJ 2,279,843.88
    6. MPS 2,669,972.16
    7. MPKj 641,296.13
    8. MPSp 1,511,969.00
    9. MDKL 717,089.76
    10. MDHS 4,564,186.49
    11. MDKS 13,706,141.28
    12. MDSB 1,150,029.81
      Jumlah 82,263,509.46

    Sumber: Seksyen PBT, UPEN.

  3. Sila nyatakan apakah pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip semula tunggakan hasil cukai tersebut ?

    Bagi mengutip Tunggakan Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor, pendekatan dan kaedah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

    • Pemantauan prestasi kutipan hasil Cukai Tanah Semasa dan Tunggakan Cukai Tanah semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil, Penyusunan Strategi dan Kewangan Unit Hasil Daerah yang dianggotai oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semua Pejabat Daerah dan Tanah, dan Bahagian Teknologi Maklumat SUK Selangor.
    • Meneruskan aktiviti Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops. Kutip) yang dimulakan dari tahun 2009 sehingga kini. Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-
    1. Program Ketuk Pintu (Knock Door) iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;
    2. mengadakan siri perbincangan bersama penunggakpenunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;
    3. memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
    4. sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Tanah dan Daerah tanpa teragak-agak akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan, maka Notis 8A, Rampasan Tanah akan dilaksanakan.
    • Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Tanah dan Daerah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-
    1. Mengenal pasti serta mengasingkan semua hakmilik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
    2. Membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Tanah Daerah di kawasan pedalaman;
    3. Membuka kaunter pada waktu rehat; dan
    4. Menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter PBT.
    • Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dan di peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Jawatankuasa tersebut berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik terutama bagi hakmilik yang terlibat dengan permasalahan tanah.
    • Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah bagi 3 Pejabat Tanah Daerah utama iaitu Petaling, Klang dan Gombak dalam tempoh setahun dengan sasaran kutipan sebanyak RM151juta bagi meningkatkan kecekapan urusan kutipan tunggakan cukai tanah.
    • Kerajaan Negeri juga telah meningkatkan sasaran bagi Anugerah Hasil Cukai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dengan menaikkan sasaran pencapaian prestasi kutipan Cukai Tanah Semasa daripada 90 peratus kepada 95 peratus dan kutipan Tunggakan Cukai Tanah daripada 70 peratus kepada 75 peratus. Insentif yang diberikan kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang mencapai sasaran juga telah dinaikkan daripada RM100,000.00 kepada RM200,000.00.
    • Selain itu, hebahan kepada orang awam melalui laman web Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan MySMS, Radio Hot FM, akhbar Berita Harian dan The Star bagi menggalakkan penukaran alamat di GERAN SPTB supaya Bil Cukai Tanah dapat disampaikan ke alamat terkini pemilik tanah.

    ii) Bagi mengutip Tunggakan Hasil Pihak Berkuasa Tempatan, langkahlangkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri buat masa ini adalah untuk memastikan kutipan Cukai Taksiran Semasa mencapai sasaran 90 peratus dan Tunggakan Cukai Taksiran dapat dikutip sehingga 70 peratus dan di antaranya adalah memberikan diskaun ke atas Denda Lewat Cukai Taksiran sehingga 70 peratus kepada para penghutang Cukai Taksiran pada tahun 2009.

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan komited dalam memastikan hasil cukai dapat dikutip dan di antara kaedah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

    • Menjalankan “personal approach” bagi syarikat, pemaju dan individu yang mempunyai tunggakan yang tinggi;
    • Mewujudkan Jawatankuasa Hasil/ Task Force yang berfungsi untuk memantau prestasi kutipan dan isu-isu tunggakan cukai yang tinggi;
    • Memberi kemudahan bayaran secara ansuran bagi menggalakkan bayaran cukai tunggakan;
    • Mempelbagaikan saluran bayaran melalui perkhidmatan bank secara online;
    • Menyediakan kaunter bergerak bagi mempermudah bayaran dengan lokasi yang strategik; dan Mengadakan operasi sita secara berkala.

Lampiran

Tiada Lampiran.