Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
224) KUTIPAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pelupusan Sisa Pepejal Kerajaan membuat keputusan supaya ianya diurus oleh PBT. Apakah sebenarnya yang berlaku ketika peralihan di beberapa buah PBT sehingga menggambarkan kegagalan dalam pengurusan kutipan sampah?
Kerajaan Negeri melalui PBT menyatakan bahawa kegagalan yang dihadapi adalah berpunca daripada penyesuaian kontraktor baru. Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memaklumkan kontraktor yang telah dilantik gagal mengikuti jadual yang telah ditetapkan. Kenyataan tersebut turut diakui oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan bahawa kegagalan tersebut berlaku disebabkan kontraktor yang baru terpaksa mengambil masa untuk mahir dengan laluan dan jadual kutipan di lokasi yang baru.
-
Apakah tindakan yang diambil kepada kontraktor-kontraktor sampah yang gagal memungut sisa pepejal mengikut jadual?
Pihak MBSA memaklumkan bahawa tindakan pengeluaran Notice To Correct (NTC) dengan nilai RM500/NTC akan diberikan kepada kontraktor yang gagal mengutip sampah mengikut kepada jadual. Manakala pihak MPSJ turut melakukan perkara yang sama dengan membuat pemotongan bayaran bagi mana-mana kontraktor yang gagal mengikut kepada jadual yang telah ditetapkan.