Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
218) MASALAH-MASALAH PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam di Negeri Selangor pada masa kini?
Kerajaan Negeri memberikan komitmen penuh dengan membantu Kerajaan Persekutuan bagi memberikan kemudahan kepada penduduk di Negeri Selangor. Sebagai contoh untuk projek Mass Rapid Transit (MRT), Kerajaan Negeri mempermudah proses Kebenaran Merancang melalui pelan rundingan yang diselaraskan oleh pihak Jabatan Perancang bandar dan Desa (JPBD). Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui PBT bertindak sebagai moderator dalam menyelesaikan isu / masalah cadangan projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan Bus Rapid Transit (BRT).
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaiktaraf dengan menyediakan kemudahan Pengangkutan Awam yang lebih efisien dan moden demi keselesaan rakyat pada masa hadapan?
Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah pengangkutan awam yang dihadapi di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri senantiasa memberikan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam semua bentuk projek bagi menaiktaraf sistem kemudahan awam yang terdapat di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyatakan pendirian supaya sebarang projek dapat memberikan keuntungan kepada keduadua belah pihak dan memberi keselesaan kepada semua pengguna.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai cadangan seperti menyediakan kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar kawasan Bandar DiRaja Klang umpamanya pada masa hadapan?
Ya. Kerajaan Negeri telah membangkitkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Bandar Diraja Klang pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, segala bentuk pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah melalui pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).