Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
210) AKAUN JKP DI MPAJ (BUKAN PERUNTUKKAN TETAP AHLI MAJLIS)
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Atas sebab apa MPAJ tidak kemukakan Akaun JKP ( bukan peruntukkan tetap ahli majlis)
JKP merupakan satu entiti bukan kerajaan (NGO) dan mempunyai jawatankuasa untuk mentadbir dan menguruskan aktiviti dan program yang dirancang. Bendahari JKP bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan akaun JKP. Pemeriksa kira-kira pula bertanggungjawab untuk menyediakan laporan pemeriksaan dan mengesahkan ke atas laporan kewangan JKP yang disediakan oleh Bendahari JKP.
-
Pihak manakah boleh menyemak akaun JKP?
Bendahari JKP bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan akaun JKP. Pemeriksa kira-kira pula bertanggungjawab untuk menyediakan laporan pemeriksaan dan mengesahkan ke atas laporan kewangan JKP yang disediakan oleh Bendahari JKP.