Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
205) PERUNTUKAN GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan geran Selangorku yang telah digunakan untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan gaji minima dan nyatakan GLC berkenaan ?
Jumlah peruntukan Geran Selangorku untuk membantu GLC dalam perlaksanaan gaji minima adalah RM10 juta ringgit. Peruntukan ini adalah untuk kegunaan GLC yang tidak mampu dan memerlukan bantuan kewangan untuk melaksanakan program ini dan setakat ini belum ada permintaan dari manamana GLC memohon dana ini.