Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
203) PROGRAM DAN LATIHAN KEUSAHAWANAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan program dan latihan keusahawanan yang telah diadakan serta bilangan peserta yang mengikutinya bersama perbelanjaan yang dikeluarkan setiap satu.
Sepanjang tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menganjurkan sebanyak 12 program Seminar Pemerkasaan Usahawan di setiap PBT seluruh Selangor yang melibatkan sejumlah 2,917 peserta dengan jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM119,597.00.