Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

179) BURUNG WALIT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengeluarkan garis panduan untuk pengusahaan burung walit?

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor telah pun mengeluarkan Garis Panduan Burung Walit dan telah mula berkuat kuasa pada 26 Ogos 2011 yang lalu. Garis panduan tersebut menjadi sumber rujukan bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor di dalam proses pelesenan perusahaan burung walit terutamanya bagi permohonan lesen baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.