Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

170) PROJEK PEMULIHAN RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah bilangan Projek Rumah Terbengkalai di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ? sila berikan butir-butir.

    Sehingga Februari 2012, sebanyak 137 buah Projek Rumah Terbengkalai di Negeri Selangor telah disenaraikan mengikut pecahan daerah seperti berikut:

                        PROJEK          
    PROJEK PROJEK PROJEK
    KAWASAN PEMBESA JUMLAH JUMLAH  
    NO PERUMA KOMERSIA INDUSTR
    PBT RAN PROJEK UNIT
      HAN L I
      KAMPUNG    
         
    1.   MPK   27   2   1   30   4,088
    2.   MBSA   12   3     15   5,088
    3.   MBPJ   2   4     6   1,672
    4.   MPSJ   10       10   4,919
    5.   MPAJ   9   1   1   11   2,356
    6.   MPKJ   13       13   4,990
    7.   MPS   5   3     2 10   1,776
    8.   MPSp   9       9   3,754
    9.   MDKS   9       2 11   7,510
                        PROJEK          
    PROJEK PROJEK PROJEK
    KAWASAN PEMBESA JUMLAH JUMLAH  
    NO PERUMA KOMERSIA INDUSTR
    PBT RAN PROJEK UNIT
      HAN L I
      KAMPUNG    
         
    10. MDHS   7   1     5 13   4,833
    11. MDKL   7   1     8   1,020
    12. MDSB   1       1   32
      JUMLAH     111     15     2     9     137   41,384  
  2. Sila nyatakan berapakah jumlah Projek Rumah Terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak 3 tahun yang lepas ?

    Walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri terhad dalam memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, sehingga Februari 2012 Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 27 buah projek yang melibatkan 10,867 unit seperti berikut :

    8 PROJEK BERLESEN DI BAWAH KPKT DISELESAIKAN

           
    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
           
    1. Pangsapuri Okid Bandar

    Pinggiran Subang, Shah Alam.

    (MBSA)

    Pemaju : Unique Creation Diambilalih : SPNB 580 Unit
    2. Projek Taman Puncak Jalil, Fasa

    9 B, 9 C, 9F, 12, 19 dan 21

    (MPSJ)

    Talam Corporation Bhd. 1,447 Unit
    3. Lagoon Perdana, Subang Jaya (MPSJ) Pemaju : Tenaga Gagah Sdn. Bhd.

    Diambilalih Oleh IJM

    Construction

    1,052 Unit
    4. Taman Bunga Ros, Klang (MPK) Ram Developer S/B Construction Sdn. Bhd 30 unit
    5. Projek Perumahan Taman

    Pinggiran Batu Caves, Gombak (MPS)

    Bee Teck Trading

    Corporation Sdn. Bhd.

    196 Unit
    6. Putra Intan Kondominium (MPSp) Pemaju Lama :

    Lembah Kerjaya S/B

    Pelikuidasi : Rimbun Capital

    S/B

    300 Unit

     

           
    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
           
    7. Taman Nilam, Mukim Ujung

    Permatang, Kuala Selangor (MDKS)

    Richmall Sdn. Bhd. 84 unit
    8. Bandar Pinggiran Cyber, Dengkil Sepang (MPSp) Perspektif Perkasa Sdn.Bhd. 319 unit
    9. Taman Hijau Indah (MPS) Lim Chin Hin & Sons

    Industries S/B

    Pemaju Penyelamat : ECO

    Dev. S/B

    120 Unit
           
      JUMLAH   4,128 unit
         

    18 PROJEK TANPA LESEN DISELESAIKAN

    BIL        
      PROJEK   NAMA PEMAJU   UNIT  
    1. Kedai Pejabat, U5, Shah Alam (MBSA) Sama Pesona Sdn Bhd 203 Unit  
    2. Pangsapuri Perkhidmatan Seri

    Nipah, Taman Pinggiran USJ,

    Shah Alam (MBSA)

    Tetuan LBS Bina Group Berhad 340 unit  
    3. Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam (MBSA) Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd 1,514 Unit  
    4. Hotel Damansara (MBPJ) Pemaju Lama :

    Sri Damansara S/B

    Pemaju Baru : Sri

    Damansara Hotel S/B

    1 Blok  
    5. Rumah/Kedai 4 Tingkat Taman

    Serdang Perdana, Seksyen U5,

    Mukim Petaling, Daerah Petaling (MPSJ)

    Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd. 512 Unit  
    6. Pusat Perniagaan dan

    Pangsapuri Perkhidmatan, UEP

    Subang Jaya. (MPSJ)

    Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd. 1,316 Unit  
    7. Pangsapuri Perkhidmatan, Suria

    Kinrara, Kinrara, Puchong

    (MPSJ)

    Sentosa Restu Sdn. Bhd. 1,131 Unit  
    8. 1 Blok Kompleks Perniagaan,

    Persiaran Raja Muda Musa,

    Pelabuhan Klang. (MPK)

    Transhabour Sdn Bhd 258 Unit  
    9. Rumah Berkembar, Jalan Sri URC Housing Sdn Bhd 28 Unit  
      BIL      
        PROJEK   NAMA PEMAJU   UNIT
        Banang 14, Taman Sri Andalas, Klang (MPK)    
      10. Rumah Sesebuah, Taman Hulu Langat Jaya (MPKj) Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit
      11. Kompleks Kota Kajang, Mukim

    Kajang, Daerah Hulu Langat

    (MPKj)

    Tetuan Windhill

    Development &

    Construction Sdn. Bhd.

    100 Unit
      12. Rumah Berkembar dan Rumah

    Teres, Taman Kosas, Mukim

    Ampang, Hulu Langat (MPKj)

    Tetuan Koperasi

    Serbaguna Anak-Anak

    Selangor Berhad

    203 Unit
      13. Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D)

    56918, PT 31343, Gombak

    (MPS)

    Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit
      14. Kedai Pejabat Taman Prima

    Selayang, Batu, Gombak (MPS)

    Kansas Corporation Sdn Bhd 220 Unit
      15. Taman Wawasan, Mukim

    Tanjung Karang, Daerah Kuala

    Selangor  (MDKS)

    Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd 33 Unit
      16. Rumah Teres 2 Tingkat, Taman

    Yayasan, Mukim Kuala Selangor

    (MDKS)

    Tetuan Pramax Sdn. Bhd. JV Yayasan Selangor 77 Unit
      17. Projek Pembesaran Kampung Desa Alam Ria (MDHS) Tetuan JKKK Sg Masin & Gerak Utusan Corp. S/B 252 Unit
      18. Projek Pembesaran Kampung

    Gesir Tengah, Daerah Hulu

    Selangor (MDHS)

    HRK Holdings Sdn. Bhd. 128 Unit
      JUMLAH  
        6,739
  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri demi untuk mempertahankan hak pembeli agar tidak dibebani dengan masalah kewangan ?

    Kerajaan Negeri telah dan sedang mengambil beberapa langkah proaktif ke arah membantu pembeli-pembeli projek  terbengkalai bagi mendapatkan hak sebagai pembeli dan pemilik rumah  seperti berikut:

    1. Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli.
    2. LPHS mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pembeli.
    3. LPHS juga mengadakan perbincangan secara berkala dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
    4. LPHS juga akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan pemaju. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat keputusan.
    5. Sekiranya projek yang dipulihkan melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek itu ingin diteruskan.
    6. Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-undang, Pengarah Eksekutif
    7. LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi / Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini akan membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan dan seterusnya disiapkan sehingga memperolehi Sijil Layak Menduduki. Setakat ini sebanyak 11 projek terbengkalai telah dikenal pasti berpotensi untuk dipulihkan.
    8. Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Selain itu, pengambilan tanah juga sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender sebagai contoh projek Bukit Botak dan Alam Perdana.

Lampiran

Tiada Lampiran.