Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

158) PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh kejayaan dan sambutan peniaga dan rakyat dalam program hari tanpa plastik ?

    Program Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Selangor yang dimulakan sejak tahun 2010 masih lagi giat dijalankan di seluruh Selangor. Pelbagai kempen diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai program ini. Setakat ini, pasar raya-pasar raya masih mengekalkan untuk tidak memberikan beg plastik pada hari Sabtu dan kebanyakan pengunjung membawa beg sendiri semasa membeli belah pada hari Sabtu. Program ini juga telah diperkenalkan di bangunan-bangunan Kerajaan di mana hari Jumaat dipilih sebagai hari tanpa beg plastik. Kempen ini juga telah diguna pakai di seluruh Negara setelah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada pertengahan tahun 2011.

  2. Apakah program khusus lain yang dibangunkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi pemeliharaan alam sekitar di Selangor ?

    Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam mendukung Teras ke-5 Kerajaan Negeri iaitu memastikan pembangunan alam sekitar yang mampan. Antara program-program yang dilaksanakan adalah :-

    • Program Penanaman Pokok di kawasan-kawasan yang terancam
    • Kempen pengurangan penggunaan polistirena di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor
    • Program Kitar Semula Barangan Terpakai
    • Program Pemuliharaan Habitat Kelip-kelip di Kuala Selangor
    • Program Hari Organik
    • Kempen Kesedaran Pemburuan Haram Hidupan Liar

    Di samping program-program yang disebutkan di atas, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai program dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di Negeri Selangor sepanjang tahun bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat awam mengenai tanggungjawab mereka dalam penjagaan alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.