Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
157) PENGGIAT BELIA TEMPATAN PeBT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukkan yang disalurkan kepada PeBT di setiap kawasan?
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 2,832,200.00 bagi tahun 2012 untuk perlaksanaan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Oleh yang demikian setiap zon menerima sebanyak RM 9,800.00 yang mana RM 5,000 adalah peruntukan program bagi setahun dan RM4,800 adalah elaun bulanan kepada Ahli Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
-
Nyatakan pecahan kaum yang menjawat jawatan di setiap kawasan.
Sebanyak 289 Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dilantik berdasarkan 289 Zon di seluruh Selangor. Berikut adalah pecahan berdasarkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan Melayu India Cina Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 22 1 1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 14 – 10 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 16 5 4 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 18 3 3 Majlia Perbandaran Selayang (MPS) 14 3 7 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
17 3 4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 21 – 3 Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) 17 4 3 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 14 5 5 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 18 4 1 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 13 5 6 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 18 2 4