Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

155) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi merealisasikan program MES seluruh negeri Selangor, apakah masalah yang dihadapi oleh jabatan yang berkenaan?

    Untuk Skim Mesra Usia Emas, masalah utama adalah tiadanya sokongan media arus perdana dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Media alternative Kerajaan Negeri walaupun memainkan peranan cukup baik, namun gagal menembusi massa secara menyeluruh. Kesannya, maklumat berkaitan program, perlaksanaannya dan keperluan dalam melaksanakannya tidak difahami dengan jelas sehingga menimbulkan salah faham dan kekeliruan.

  2. Bolehkah manfaat jumlah "Jom Shopping" ditingkatkan kepada jumlah yang lebih baik daripada RM100.00 setakat ini?

    Ia bergantung kepada perbincangan dan keputusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

  3. Memandangkan program " jom shopping" mendapat sambutan yang cukup baik dari kalangan pelbagai kaum. serta pendaftaran SMUE yang meningkat. Bolehkah kerajaan negeri Selangor menimbangkan untuk menambah seorang petugas MES bergaji tetap di setiap Pusat Khidmat Masyarakat DUN. Supaya dapat lebih lancar pengurusan skim-skim di bawah MES dan Hadiah Anak Masuk IPT: Mengambil kira tanggungan keluarga anak ramai serta menjaga orang tua(warga emas). Mohon dipertimbangkan semula syarat kelayakan isi keluarga pemohon, dicadangkan kepada RM3,000.00.

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.