Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

153) KEMPEN ANTI ZINA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tangkapan kes khalwat yang melibatkan golongan remaja?

    Jumlah tangkapan yang melibatkan golongan remaja yang berusia antara 15 hingga 20 tahun adalah seramai 314 orang yang merangkumi semua kesalahan jenayah syariah di mana majoritinya adalah tangkapan di bawah kesalahan khalwat.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani masalah ini?

    Langkah–langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani masalah ini ialah dengan menjalankan kempen seperti kempen anti arak dan kempen anti zina. Selain itu kerajaan negeri turut mengadakan program pencegahan seperti menyampaikan taklimat pemahaman undang-undang kepada orang awam seperti di sekolah, institut pengajian tinggi dan juga tempat awam. Penghebahan melalui media masa juga dilakukan seperti di radio dan juga televisyen.

    Bahagian Penguatkuasaan JAIS juga turut menjalankan operasi-operasi untuk membanteras masalah ini seperti menjalankan operasi di rumah urut, operasi di hotel-hotel bajet, dan operasi pusat hiburan di seluruh negeri Selangor pada setiap bulan. Operasi khas seperti Ops Tahun Baru, Ops Valentine, Ops Merdeka dan juga Ops Hari Malaysia turut dijalankan bagi mengawal gejala sosial yang berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.