Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

152) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor sepanjang tahun 2011 secara perbandingan dengan tahun 2010 dan 2009 ?

    Jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor sepanjang tahun 2011 secara perbandingan dengan tahun 2010 dan 2009 adalah seperti berikut;-

    Tahun Projek Peluang pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2009 278 22,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951
    2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 263 20,750 4,504,853,012 4,236,263,746 8,741,116,758
    Jumlah 866 71,368 12,752,366,333 13,390,176,777 26,142,543,110

    *sumber : MIDA

  2. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam konteks menarik pelaburan bagi tahun 2011 secara perbandingan dengan Negeri-negeri lain ?

    1. Bagi tahun 2011, Negeri Selangor menduduki tempat kedua dari segi nilai pelaburan dengan 263 projek yang diluluskan bernilai RM 8,741,116,758 selepas negeri Pulau Pinang yang mencatatkan pelaburan bernilai RM 9,106,014,669 daripada 109 projek

    Perbandingan dengan negeri-negeri lain adalah seperti jadual berikut:-

          Peluang        
      Pelaburan   Pelaburan
    Tahun   Projek Pelaburan
    pekerjaan Tempatan (RM) Asing (RM)
        (RM)
             
    Penang 109 14,293 1,960,399,225 7,145,615,444 9,106,014,669
    Selangor 263 20,750 4,504,853,012 4,236,263,746 8,741,116,758
    Sarawak 43 5,323 4,312,658,897 4,140,697,781 8,453,356,678
    Johor 188 24,769 3,290,914,146 3,293,695,301 6,584,609,447
    Kedah 42 8,064 140,272,332 5,995,746,034 6,136,018,366
    Negeri Sembilan 38 6,296 1,571,110,340 4,334,302,797 5,905,413,137
    Melaka 39 8,806 1,710,429,311 2,653,307,252 4,363,736,563
    Pahang 25 1,392 2,054,298,861 983,677,543 3,037,976,404
    Terengganu 15 2,869 305,986,444 1,806,704,744 2,112,691,188
    Perak 30 4,141 894,936,273 89,968,570 984,904,843
    Sabah 27 1,648 877,084,779 44,338,930 921,423,709
    W. P. Kuala Lumpur 19 1,549 204,727,983 102,898,274 307,626,257
    Kelantan 5 531 89,940,579 38,650,994 128,591,573
    Perlis 3 102 20,310,520 3,000,000 23,310,520
    W. P.

    Labuan

            0
    Jumlah   846   100,533   21,937,922,702   34,868,867,410   56,806,790,112

    Jumlah Modal

    *Sumber : MIDA

  3. Sila nyatakan apakah perancangan secara komprehensif dan langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik minat pelabur asing secara konsisten membuat pelaburan ke Negeri Selangor ?

    Perancangan secara komprehensif dan langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik minat pelabur asing secara konsisten membuat pelaburan ke Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    2. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    3. Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
    4. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    5. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    6. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    7. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
    8. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    9. Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    10. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara
    11. Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
    12. Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenalpasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
    13. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudahcara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.