Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
149) PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendekatan dan bentuk kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dengan persatuan sukan negeri atau daerah serta pihak swasta dalam mencari dan mencungkil bakat-bakat baru belia remaja yang berpotensi dan berkualiti di dalam sukan-sukan tertentu?
Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka pelbagai kaedah atau pendekatan kerjasama dan usahasama bagi memastikan pelan program pembangunan sukan di negeri Selangor dapat memberi impak yang berkesan. Antara pendekatan dan bentuk kerjasama yang dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Mengadakan program ‘Talent Identification Development’ (TID) iaitu jalinan usahasama melalui Institut Sukan Negara (ISN) dibawah kendalian Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN), Majlis Sukan Negara dan Unit Sains Sukan serta Persatuan-persatuan Sukan Negeri (PSN) mengikut jenisjenis sukan berkaitan.
- Menganjur Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES). SUKSES adalah merupakan ‘platform’ serta medan pertandingan bagi mencungkil bakatbakat baru serta mengetengahkan atlet sukan yang berpotensi terutama peringkat umur bawah 20 tahun. Perlaksanaan SUKSES adalah melibatkan penyertaan atlet dari seluruh daerah dalam negeri Selangor. Bermula tahun 2011 pihak majlis telah mengambil pendekatan format penganjuran SUKSES mengikut format penganjuran SUKMA. Ini bertujuan memberi fokus pada keterlibatan acara sukan yang dipertandingkan di SUKMA diaplikasi.
-
Sejauh manakah keberjayaan Majlis Sukan Negeri Selangor di dalam pembangunan belia dan sukan?
Keberjayaan Majlis Sukan Negeri dalam pembangunan SUKAN dapat diukur dengan keberhasilan pencapaian seperti berikut :
- Antara sebuah negeri yang berjaya melahirkan atlet diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Seramai 58 orang atlet negeri Selangor telah berjaya terpilih mewakili Negara dalam Temasya Kejohanan Sukan SEA, Jakarta 2011 yang lalui serta meraih kejayaan dengan pencapaian 19 pingat emas.
- Diperingkat kejohanan kebangsaan dan peringkat umur atlet Selangor sentiasa memberi dan menjadi pesaing serta berjaya meraih pingat dalam mana kejohanan yang disertai.
- Majlis Sukan Negeri Selangor tidak pernah merasa selesa dengan pencapaian tersebut. Hal ini kerana pencapaian negeri lain seperti Terengganu telah mengorak langkah dan mendominasi acara –acara sukan tertentu. Oleh itu melalui rancangan jangka panjang kerjasama antara Persatuan Sukan Negeri (PSN), Majlis Sukan Daerah (MSD) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) akan lebih mengukuhkan lagi badan-badan sukan di negeri Selangor dan pelbagai program pembangunan binaan serta klinik atau bengkel akan lebih kerap dilaksanakan melalui Pelan Strategik yang dirangka.
Keberjayaan Majlis Sukan Negeri dalam pembangunan BELIA dapat diukur dengan keberhasilan pencapaian seperti berikut :
- Melahirkan pemimpin belia yang berketerampilan hasil dari kursus-kursus Kepimpinan & Pengurusan yang telah dilaksanakan. Hasilnya segelintir pengerusi PeBT ini berjaya untuk menjawat jawatan yang lebih baik di organisasi dan di peringkat zon masing-masing.
- Berjaya melahirkan dan mengetengahkan bakat –bakat baru dalam Seni dan Budaya melalui program Anugerah Bakat Muda Selangor ,Festival of Youth dan Bengkel Penulis Muda.
- Melahirkan peniaga-peniaga kecil melalui program-program keusahawanan seperti program Flea Market Gen-S , Kursus dan seminar keusahawanan bumiputera yang mana ianya mendapat sambutan daripada belia lelaki dan wanita serta mahasiswa.
- Berjaya mendapatkan sambutan orang ramai atau masyarakat setempat di dalam program-program kemasyarakatan seperti Youth in Community di setiap PBT.
- Melahirkan belia sihat dan bersukan dalam program Jelajah Futsal. Pada tahun 2011 program sukan (Futsal) mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segi penyertaan.
-
Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah kewangan di dalam program pembangunan belia dan sukan? Sila nyatakan senarai dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada pihak yang berkaitan.
- Kerajaan negeri sememangnya telah menyediakan peruntukan sejumlah kewangan dalam program pembangunan belia dan sukan. Antara peruntukan yang disediakan adalah seperti berikut :
- Pembangunan Sukan Sepanjang tahun – RM2.7juta
- Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) – RM4.0juta
- Pembangunan Belia sepanjang tahun – RM3.3juta (termasuk Program PeBT yang disalurkan melalui PBT)