Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
143) PORTFOLIO EXCO
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat lantikan baru dan rombakan portfolio EXCO agama kerana perubahan dalam parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Apakah rasional rombakan portfolio pada EXCO yang baru sehingga portfolio agama tidak lagi dipegang seperti EXCO sebelumnya?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar tidak percaya dengan parti PAS?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar mampu melaksana tugasan portfolio penting yang banyak dan sekali gus dengan berkesan?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.