Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

134) SISTEM MAKLUMAT TANAH SECARA ELEKTRONIK DAN ONLINE

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Sistem Maklumat Tanah Secara Elektronik dan Online yang ingin dibangunkan oleh kerajaan negeri?

    Status terkini Sistem Maklumat Tanah Secara Elektronik iaitu ‘Land Bank Library System’ (LBLS) adalah seperti berikut:

    1. Semua rekod surat cara pendaftaran hak milik landed property bagi tahun 2004 sehingga 2010 dan hakmilik strata  (2007 – 2010) telah siap diimej iaitu melibatkan sebanyak 1,918,238 rekod surat cara.
    2. Sebanyak 86.80% data yang telah di imej telah dimuat turun ke dalam sistem LBLS.
  2. Bilakah sistem dan aplikasi itu dapat digunakan oleh rakyat?

    Sistem Online yang ingin dibangunkan oleh Kerajaan Negeri buat masa ini masih di peringkat kajian.

    1. Pada masa ini, Sistem LBLS masih dalam peringkat percubaan dan dijangkakan diguna pakai sepenuhnya pada April 2012. Dengan adanya sistem LBLS, urusan permohonan  salinan sah surat cara  yang pada masa sekarang mengikut piagam mengambil masa satu minggu boleh diperoleh dalam tempoh masa 5 minit sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.