Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

129) GAJI SERTA KEMUDAHAN KEPADA PENASIHAT EKONOMI DAN PENGARAH PENERANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah gaji yang dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk kedua-dua jawatan tersebut? Selain daripada gaji apakan kemudahan serta keistimewaan yang kerajaan negeri berikan kepada mereka?

    Gaji yang dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah sebanyak RM1.00 dan gaji yang di bayar untuk Pengarah Penerangan Negeri Selangor adalah sebanyak RM7,000.00 sebulan. Tiada sebarang kemudahan dan keistimewaan lain yang diberi.

  2. Sejauh manakah sumbangan yang mereka berikan untuk manfaat rakyat di Selangor?

    Penasihat Ekonomi telah menjelajah ke Seluruh PBT di Selangor bagi menyampaikan Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negeri dengan penekanan terhadap keadilan sosial agar jurang kemiskinan dapat dirapatkan sebagai prinsip pemeliharaan harta.

    Selain itu beliau mengusulkan Projek Khas Infrastruktur Daerah Negeri Selangor 2011 dengan peruntukan khas berjumlah RM100 juta kepada sembilan (9) Daerah. Fokus pelaksanaan projek adalah tertumpu kepada projek-projek yang kritikal di kawasan luar bandar dan kampung-kampung tradisi.

Lampiran

Tiada Lampiran.