Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

127) PUSAT PELACURAN 24 JAM DI PEKAN MERU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini ,kita digemparkan melalui sebuah akhbar tempatan yang memaparkan mengenai aktiviti pelacuran yang bergiat aktif dalam masa 24 jam di Pekan Meru,Klang yang wujud sejak tahun 2009 setahun selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Sebagai seorang eksekutif tertinggi di Negeri Selangor ,sedar atau tidak kegiatan ini telah berlanjutan sehingga 2012 ?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.

  2. Sejauh manakah tindakan yang telah diambil oleh pihak penguatkuasa JAIS tentang masalah ini?

    Mengenai kes pusat pelacuran 24 jam yang berlaku di pekan Meru, kes tersebut sepatutnya diadukan secara terperinci kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS supaya tindakan penguatkuasaan boleh diambil. Kami juga telah difahamkan bahawa kes pelacuran di Pekan Meru telah pun diambil tindakan oleh PDRM Bahagian D7 dan telah diwar-warkan di dalam akhbar Harian Metro bulan Februari 2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.