Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

126) MPKJ MEMBUKA TAWARAN KONTRAKTOR LUAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada awal Januari 2012, pihak MPKj membuka tawaran kontrak secara terbuka kepada kontraktor luar, dan kontraktor yang sedia ada membuat bantahan. Pihak kontraktor manakah yang membantah MPKj membuka kontrak secara terbuka mengangkut sampah?

    Terdapat sebilangan daripada kontraktor terdahulu yang membantah MPKj membuka kontraktor secara terbuka. Walau bagaimanapun tindakan penamatan perkhidmatan telah diambil ke atas kontraktor yang terlibat. Senarai terkini yang telah ditamatkan perkhidmatan adalah seramai 31 kontraktor yang terlibat berikutan tindakan boikot yang dibuat pada Januari 2012 seperti di Lampiran I.

  2. Berapa lamakah pihak tersebut memonopoli kontrak perbandaran ini?

    Semenjak tahun 1998 semasa berlaku peralihan kepada konsesi Alam Flora Sdn Bhd.

  3. Sejauh manakah pihak MPKj dapat mengatasi monopoli kontrak kepada kroni- kroni ini?

    Kontraktor yang telah ditamatkan, disenarai hitamkan dan tidak akan ditawarkan sebarang kontrak di pentadbiran MPKj. Pada ketika ini, tiada urusan monopoli  kontraktor tertentu  di dalam kontrak terbuka ini.

    LAMPIRAN I

    SENARAI NAMA KONTRAKTOR YANG DITAMATKAN PERKHIDMATAN KERJA-KERJA

    PEMBERSIHAN AWAM DAN KUTIPAN SISA PEPEJAL

    1. Compact Vision Sdn Bhd
    2. Siantan Green Enterprise
    3. Syarikat Sri Sentosa
    4. Syarikat Halilintar
    5. Montel Impiana Enterprise
    6. Annma Enterprise
    7. FZR Enterprise
    8. Tegoh Enteprise
    9. Aulia Bina Enterprise
    10. Teras Baiduri Enterprise
    11. Husin Enterprise
    12. RRM Enterprise
    13. Cycle Waste Management Sdn Bhd
    14. Gige Enterprise
    15. Perniagaan Osfin
    16. Delima Sekamat Enterprise
    17. IAMZ Enterprise
    18. Usahajaya Enterprise
    19. Maisa Enterprise
    20. Sri Lui Enterprise
    21. M. Zanis
    22. Zulhaq Enterprise
    23. Kudrat Mohd Rashid
    24. Roslie Hasan
    25. Geo Progressive
    26. Teras Enterprise
    27. Riza Mutiara Enterprise
    28. Sajari (M) Sdn. Bhd.
    29. Nadzli Enterprise
    30. ZHSS Services
    31. Yamas Trading Company

Lampiran

Tiada Lampiran.