Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

121) CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT I-CITY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional di sebalik perkongsian kos pembinaan berjumlah hampir RM 60 juta dengan I-City Bhd bagi pembinaan persimpangan bertingkat itu?

    Perkongsian kos merupakan amalan biasa yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dengan anak-anak syarikat Kerajaan (GLC) dan juga pihak syarikat swasta terutamanya yang melibatkan projek yang bernilai tinggi.

    Terdapat banyak projek yang melibatkan perkongsian kos di antara pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak syarikat swasta sebagai contoh projek yang melibatkan pihak Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) bagi cadangan pembinaan Persimpangan Bertingkat Kedua  di kilometer 28   (Ch 18750) Lebuh raya Kesas Seksyen 32, Shah Alam. Kos bagi pembinaan persimpangan bertingkat tersebut ialah sebanyak RM33,868,935.00 dan jumlah sumbangan bagi tujuh (7) pemaju yang terlibat adalah berdasarkan kepada keluasan tanah pemaju seperti JADUAL 1 berikut :

    JADUAL 1

          Keluasan      Tanah  
    Bil.   Nama Pemaju   Sumbangan (RM)
    (Ekar)
         
    1. Bukit Rimau Dev. Sdn. Bhd. 384.40 12,344,352.84
    2. AMJ Poperties Sdn. Bhd. 72.61 2,331,746.77
    3. Highland & Lowland Bhd 186.13 5,977,248.69
    4. Pembinaan Gejati Sdn. Bhd. (Thangamalay Estate) 235.13 7,550,800.43
    5. Bank Negara (TPPT Sdn. Bhd.) 165.00 5,298,694.64
    6. Metro Sehati Dev. Sdn. Bhd. 6.70 215,159.12
    7. Budget Height Sdn. Bhd. 4.70 150,932.51
      JUMLAH 1054.67 33,868,935.00

    Manakala bagi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) , terdapat juga  projek yang melibatkan perkongsian kos iaitu projek pembinaan persimpangan bertingkat “Clover Leaf” di Selangor Sciene Park 2, Sepang. Projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM137,971,873.59 dan dasar perkongsian kos bagi projek ini adalah berdasarkan kepada keluasan kawasan, penggunaan dan jenis infrastruktur. Pihak yang terlibat dalam perkongsian kos bagi pembinaan projek tersebut adalah seperti JADUAL 2 berikut: JADUAL 2

         
    Bil.   Nama Pemaju   Sumbangan (RM)
         
    1. PKNS 76,714,082.53
    2. Taraf Unggul Sdn Bhd 39,940,485.33
    3. JY Construstions Work Sdn Bhd 11,549,966.18
    4. Utuh Aspirasi Sdn Bhd 6,954,739.80
    5. Perspektif Perkasa Sdn Bhd 1,445,987.28
    6. Semai Ria Sdn Bhd 1,368,612.47
      JUMLAH 137,971,873.59

    Dalam hal ini, pembinaan Persimpangan Bertingkat Seksyen 7 Shah Alam adalah bertujuan bagi penguraian masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku  di sekitar Seksyen 7 yang kian pesat membangun. Tetuan I-City Properties Sdn. Bhd. (I-City) adalah merupakan pemaju yang sedang giat memajukan kawasan berkenaan serta merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan dan kesesakan di sekitar kawasan berkenaan. Maka dengan ini adalah wajar pihak I-City terlibat di dalam perkongsian kos pembinaan persimpangan bertingkat berkenaan yang kelak akan memberi pulangan kepada pihak I-City jua.

    Walau bagaimanapun, tumpuan perkongsian kos bukan hanya melibatkan pihak I-City sahaja malah melibatkan dua belas (12) syarikat yang berkepentingan termasuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berdasarkan hasil kajian impak trafik (TIA) dan nilai pembangunan kasar (GDV) bagi setiap syarikat.

  2. Kenapa anak-anak Syarikat Kerajaan (State GLC) dibebani dengan berkongsi membayar kos pembinaan persimpangan tersebut?

    Kerajaan Negeri pada bulan Ogos 2011 telah bersetuju agar kos keseluruhan pembinaan persimpangan bertingkat tersebut dibiayai melalui perkongsian kos antara pihak pemaju-pemaju yang berkepentingan di sekitar kawasan pembangunan   Seksyen 7. Perkongsian kos ini adalah  berdasarkan kepada kajian impak trafik (Traffic Impact Analysis) dan nilai pembangunan kasar (Gross Development Value) oleh syarikat-syarikat terbabit termasuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

    Dalam hal ini, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melantik syarikat Runding Trafik MZK Sdn Bhd bagi menjalankan kajian trafik di kawasan pembangunan Seksyen 7, Shah Alam berdasarkan pelan projek persimpangan bertingkat.  Kajian tersebut dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran sebenar aliran trafik di sekitar pembangunan Seksyen 7, Shah Alam dan ia dilaksanakan pada dua (2) jalan utama yang sering digunakan oleh pengguna jalan raya untuk masuk dan keluar daripada kawasan pembangunan Seksyen 7, Shah Alam seperti berikut:

    1. i) Persiaran Kayangan melalui Lebuh raya Persekutuan; dan ii) Persimpangan Padang Jawa melalui Lebuh raya Persekutuan.

    Berdasarkan jadual di bawah menunjukkan pihak PKNS merupakan pemaju yang mempunyai keluasan tanah yang terbesar iaitu sejumlah 718.8 ekar, namun impak trafik terhadap pembangunan di Seksyen 7, Shah Alam hanya menyumbang 19.7% dan kos GDV berjumlah 996.9 juta. Sebaliknya pihak I-City merupakan penyumbang utama kepada kesesakan lalu lintas di kawasan pembangunan Seksyen 7 berdasarkan kepada kajian impak trafik iaitu menyumbang sejumlah 60% daripada keseluruhan kesesakan yang berlaku. Selain itu, pihak I-City juga merupakan syarikat atau pemaju yang mempunyai nilai pembangunan kasar yang tinggi berbanding syarikat-syarikat lain iaitu sebanyak 2 bilion. Justeru, ini menjadikan pihak I-City sebagai penyumbang utama terhadap pembangunan ini dengan nilai sumbangan berjumlah RM27,560,000.00 berbanding PKNS dan lain-lain syarikat yang berkepentingan.

    Kos keseluruhan pembangunan berjumlah RM 53 juta ini akan di tanggung bersama oleh pihak pemaju yang berkepentingan di sekitar kawasan pembangunan Seksyen 7 ini berdasarkan jumlah seperti jadual berikut:

    SUMBANGAN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN BAGI CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN

    BERTINGKAT DARI LEBUH RAYA PERSEKUTUAN KE KAWASAN PEMBANGUNAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM

            Luas   Nilai GDV   Purata                  
    Sumbangan Sumbangan Jumlah  
    Tanah (RM ‘juta) Impak GDV
    Bil Pemaju Trafik GDV Sumbangan
    (ekar)   Trafik (%)
        (RM) (RM) (RM)
      (%)  
         
    1   PKNS   718.8   996.9   19.7 5,220,500   21.8   5,777,000   10,997,500
    2   Sejagat

    Emas

      7.3   43.9 0.0   1.0   265,000   265,000
    3   Era

    Wangsa

      30.0   145.9 2.5 662,500   3.2   848,000   1,510,500
    4   Daya

    Intelek

      20.0   73.9 0.0   1.6   424,000   424,000
    5   RCP

    Astanaz

      4.8   102.8 0.8 212,000   2.2   583,000   795,000
    6   MS Kali   36.7   93.2 5.2 1,378,000   2.0   530,000   1,908,000
    7   Solar

    Purpose

      7.4   45.3 0.1 26,500   1.0   265,000   291,500
    8   Worldwide   99.0   259.0 0.0   5.7   1,510,500   1,510,500
    9   PCM Bina   52.0   237.8 4.5 1,192,500   5.2   1,378,000   2,570,500
    10   Selaman   21.0   191.6 0.0   4.2   1,113,000   1,113,000
    11   I-City   71.38   2,000.0 60.3 15,979,500   43.7   11,580,500   27,560,000
    12   IJM

    Properties

      477.49   386.5 6.9 1,828,500   8.4   2,226,000   4,054,500
        JUMLAH   1,545.87   4,576.8 100.0 26,500,000   100.0   26,500,000   53,000,000

     

Lampiran

Tiada Lampiran.