Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
120) PROGRAM PENGUKUHAN DEMOKRASI DI BAWAH GERAN SELANGORKU HOTEL-HOTEL ‘BUDGET’ DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dijalankan setakat hari ini, di bawah program Pengukuhan Demokrasi di bawah Program Geran Selangorku?
Bagi Program Pengukuhan Demokrasi, ia melibatkan 3 aktiviti utama:
1.Pembersihan Daftar Pemilih. Bantahan yang dikemukakan termasuk:
- Pengundi Bertindih @ Berganda
- Pengundi yang telah meninggal dunia
- Pengundi dipindahkan tanpa permohonan
- Anggota tentera mempunyai 2 Kad pengenalan (Undi Pos tidak layak)
- Isteri tentera undi POS
- Pengundi 85 tahun ke atas
- Lebih 7 Pengundi di dalam 1 rumah viii. Pengundi bukan warganegara (myPR) ix. Persempadanan semula Daerah Mengundi dan Lokaliti
- Penyelewengan semasa tempoh berkempen (belum dimulakan)
- Penyelewengan semasa hari mengundi (belum dimulakan)
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa mengendalikan aktiviti- aktiviti dan juga latihan-latihan tersebut?
Masalah yang dihadapi termasuk kos yang tinggi untuk mendapatkan Daftar Pemilih dari SPR serta tempoh bantahan yang singkat.
-
Apakah maklum balas ataupun reaksi positif mahupun negatif rakyat jelata berhubung dengan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dikendalikan di bawah program ini?
Program ini mendapat reaksi yang amat positif dan bagi tahun 2011, tidak kurang dari 3,681 bantahan telah dibuat di seluruh Selangor.