Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
113) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri dalam Bajet 2012 mengumumkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perolehan geran RM300 juta tersebut dan berapakah jumlah yang telah dikumpul?
Jumlah yang terkumpul untuk tujuan Geran Selangorku adalah RM411,341,227.54.
-
Apakah sumber-sumber yang digunakan oleh anak syarikat negeri (GLC) untuk menjana pendapatan tersebut?
Perolehan Geran Selangorku oleh MBI adalah dari 2 sumber iaitu:
- PENGSTRUKTURAN HUTANG TALAM yang berjumlah RM391,986,473 dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak RM286,774,252.54 dan
- PENDEKATAN BARU PENGURUSAN TANAH BERDASARKAN PENETAPAN KONSEP PEMBANGUNAN PADA HARGA PASARAN di
mana RM124,566,975.00 telah dikumpulkan melalui permohonan Serah Balik Keseluruhan Tanah di bawah Sek. 197 KTN dan Pemberimilikan Tanah di bawah Sek. 76 KTN seluas 257.17hektar (625.595 ekar) di
Daerah Hulu Langat kepada Industri (Kuari) dan Pertanian oleh Tetuan Bolton Berhad dan seterusnya serah balik dan berimilik kepada Prestige Capital Sdn Bhd untuk tujuan pembangunan bercampur.