Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
107) MITIB , KUALA LANGAT (MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR )
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah pencapaian pelajar-pelajar di MITIB selepas hampir 5 tahun dibuka dan apakah penambahbaikan yang dilaksanakan sekarang
Selepas 5 tahun di buka percapaian pelajar di MITIB adalah seperti yang ditujukkan pada lampiran A.
Penambahbaikan yang sedang dilaksanakan sekarang:
- Infranstruktur : telah selesai mengambil alih tanah di sekitarnya seluas 10 ekar lagi untuk tujuan menyediakan kemudahan pelajar termasuk membina makmal sains Tulin, makmal Kemahiran Hidup, dewan, padang-padang permainan dan lain-lain.
- Kurikulum dan Ko-kurikulum : melaksanakan sistem pengajaran dan pembalajaran yang integrated dan Holistic berteras Al-quran dan Hadith,termasuk memasukkan hujah-hujah dalil Al-Quran dalam pengajaran Sains Matematik, Geografi, Sejarah, bahasa dan lain lain subjek.Membawa tenaga pengajar dari luar termasuk dari Mesir, Sudan dan Indonesia
- Menyediakan latihan guru dengan kerjasama Universiti tempatan seperti Uni.perguruan Sultan Idris (UPSI), Kolej Univ.Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Teknologi Mara
- Menubuhkan Pusat Bahasa Arab dengan bantuan SESCO dan Pusat Bahasa Arab Mudul Hastum Sudan di Pusat Sumber Pendidikan JAIS (PSPJ) Klang.
LAMPIRAN A
MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR, KUALA LANGAT
- A) PERBANDINGAN PMR MITIB 2010-2011
JUMLAH CALON TAHUN 9A 8A 7A 6A 5A 4A 3A 2A GRD PURATA
58 Orang
2010 15 12 12 7 5 5 1 1 1.25 110 Orang
2011 54 36 11 4 4 2 – – 1.10 Catatan :
PMR – Penilaian Menengan Rendah
* Terbaik di Daerah Kuala Langat
- ANALISIS SMA & SMATQ MITIB 2011
PEPERIKSAAN MUMTAZ J.JIDDAN JAYYID MAQBUL SMA 24 43.6 % 27 49.1 % 3 5.5 % 1 1.8% SMATQ 5 9.1 % 35 63.6 % 14 25.5 % 1 1.8% JUMLAH CALON : 55 Orang
GRED PURATA SEKOLAH : 1.55
JUMLAH LULUS : 100%
Catatan :
SMA – Sijil Menengah Agama
SMATQ – Sijil Menengah Agama & Tahfiz Quran
- SIJIL TAHFIZ MALAYSIA 2011
Pangkat Mumtaz : 4 Orang
- HAFAZAN
Pelajar Khatam 30 Juzu’ Sehingga 5/3/2012
Jumlah Pelajar Khatam : 28 Orang
10 Orang Pelajar Pertama Akan Dibiayai Dalam Melaksanakan Umrah.
-
Adakah jaminan kerajaan terhadap tenaga pengajar yang masih lagi berjawatan secara kontrak untuk diserapkan ke jawatan tetap
Jabatan Agama Islam Selangor telah menyiapkan kertas untuk memohon mengujudkan jawatan tetap tanpa pencen kepada Kerajaan negeri dan jawatan tetap berpencen (ke Jabatan Perkhidmatan Awam) bagi menambahbaik / upgred perjawatan guru kontrak.