Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
66) MIMBAR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sehingga Disember 2012 berapa ramai rakyat negeri Selangor layak dan menerima Skim Mikro Kredit Bandar (Mimbar) semenjak diperkenalkan ?
MiMBAR Selangor meletakkan syarat kelayakan pemohon mestilah warga negeri Selangor atau telah bermastautin di negeri Selangor melebihi tempoh masa 10 tahun. Justeru, sehingga Disember 2011, rakyat negeri Selangor yang lahir di negeri Selangor dengan nombor kad pengenalan 10 atau 43 di tengahnya yang merujuk kepada kod kelahiran negeri Selangor yang telah berjaya menerima pinjaman MiMBAR Selangor adalah seramai 1,636 orang. Walau bagaimanapun, sehingga Februari 2012, jumlah penerima rakyat Selangor meningkat kepada 1,803 orang.
-
Berapa peratuskah kadar bayaran balik yang telah diterima dari peminjam- peminjam ?
Seperti sedia maklum, masyarakat bandar berbeza dengan masyarakat luar bandar. Masyarakat bandar memiliki kepakaran dalam memberi pelbagai helah dan alasan semasa proses kutipan dijalankan. Sebelum pinjaman diberikan, ayat-ayat manis ditaburkan bagi mengaburi penilaian pihak MiMBAR Selangor dalam meluluskan permohonan golongan ini. Ini terjadi di awal penubuhan MiMBAR Selangor di mana ramai peserta diluluskan bagi mengejar kuantiti tetapi kurang berkualiti. Dari masa ke semasa MiMBAR Selangor semakin matang dan dapat menilai seseorang itu dan cuba untuk mengurangkan memberi kelulusan kepada pemohon yang tidak layak. MiMBAR Selangor mengakui bahawa untuk membuat penilaian ini ianya agak susah tetapi pihak MiMBAR Selangor belajar dari pengalaman dan juga menghadiri Latihan bagi memantapkan teknik-teknik penilaian ini. Rata-rata instiitusi Mikrokredit lain seperti AIM dan TEKUN juga menghadapi masalah yang sama dalam proses kutipan bayaran balik pinjaman di kawasan bandar. NPL yang direkodkan bagi institusi Mikrokredit kawasan Bandar adalah dalam lingkungan 30% – 50%. Peratusan bayaran balik pinjaman MiMBAR Selangor yang berjaya dikutip adalah sebanyak 71% jadi NPL MiMBAR Selangor adalah sebanyak 29%. Bagi masyarakat miskin bandar, trend pembayaran balik pinjaman ini boleh dikategorikan kepada 4 kategori iaitu:
- Golongan cemerlang
Golongan ini adalah peserta yang sangat cemerlang bayaran balik pinjamannya yang mana tidak perlu diingatkan kepada mereka tentang bayaran balik, mereka memang sudah menyediakan duit di dalam akaun mereka untuk proses SI.
- Golongan yang ‘manja’
Golongan ini adalah peserta yang perlu diingatkan mengenai bayaran balik pinjaman, pegawai perlu pergi berjumpa mereka untuk membuat kutipan. Ratarata peserta MiMBAR Selangor sibuk menguruskan perniagaan mereka sehingga kadang-kadang tiada masa untuk pergi ke bank. Ada juga peserta yang memang ‘manja’ mahukan pegawai MiMBAR Selangor yang membuat kutipan disebabkan beberapa masalah yang mereka hadapi. iii. Golongan yang ‘Liat’
Mereka ini adalah golongan yang perlu diingatkan berkali-kali dan perlu dikunjungi berkali-kali juga untuk mendapatkan bayaran. Jika tidak mereka akan memdiamkan diri dan berpura-pura lupa untuk membuat bayaran. Sesetengah mereka ini sangat tegar tidak mahu membayar kerana bagi mereka ini adalah duit Kerajaan yang diberi kepada rakyat tanpa perlu bayar balik. Ada juga peserta yang salah faham mengenai pinjaman ini kerana mereka memaklumkan bahawa ada sesetengah Yang Berhormat telah menyatakan menyatakan bahawa duit ini adalah ehsan Kerajaan Negeri Selangor.
- Golongan yang bermasalah
Segelintir dari peserta MiMBAR Selangor yang termasuk dalam kategori ini, yakni mereka yang tidak dapat dikesan selepas pinjaman diberikan. Ada yang berpindah dan menukar nombor telefon.
-
Berapa ramai golongan muda (bawah 40 tahun) dan wanita yang telah menerima pinjam Mimbar, sila jelaskan dari segi jumlah dan peratus
Syarat penerima permohonan mestilah berumur dari 21 tahun hingga 60 tahun. Sehingga Februari 2012 seramai 946 (39.79%) orang penerima terdiri dari golongan yang berumur kurang dari 40 tahun manakala yang selebihnya berumur