Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

62) PROGRAM WARGA EMAS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wang yang telah digunakan untuk program 'Jom Shopping' dan berapa orangkah yang telah menerimanya?

    Sejumlah RM4,360,900.00 telah dibelanjakan untuk program “JOM Shopping” yang melibatkan sejumlah 43,609 orang Ahli Skim Mesra Usia Emas yang berdaftar.

  2. Mengapakah program Jom Shopping melibatkan hanya mereka yang tertentu sahaja dan tidak meluas?

    Oleh kerana ia merupakan program ‘Nilai Tambah’ untuk Ahli-ahli berdaftar, Skim Mesra Usia Emas yang masih hidup, maka hanya mereka yang berdaftar dengan skim ini sahaja yang akan dijemput dan dibawa berbelanja secara berperingkat-peringkat di pasaraya-pasaraya tertentu.

  3. Apakah kerajaan bercadang mengadakan program lain untuk manfaat kesihatan warga emas misalnya?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin kepada kebajikan rakyat negeri ini. Oleh itu, melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, pelbagai program telah dirancang dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian dan keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.