Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

61) PENINGKATAN PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peluang pekerjaan dan peningkatannya yang telah diwujudkan setelah SSIC Berhad mensasarkan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM8 bilion setahun ?

    Jumlah peluang pekerjaan dan peningkatannya yang telah diwujudkan setelah hasil daripada sasaran jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM8 bilion setahun adalah seperti berikut:-

    Tahun Peluang pekerjaan
    2009 22,753
    2010 27,865
    2011 20,750
    Jumlah 71,368

    * Sumber : MIDA

    Daripada jadual diatas didapati terdapat peningkatan sebanyak 20% iaitu sebanyak 27,865 pada tahun 2010 berbanding 22,753 potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan pada tahun 2009. Namun begitu berlaku pengurangan sebanyak 26% pada tahun 2011 di mana hanya 20,750 potensi peluang pekerjaan yang dicatatkan.

    Pengurangan jumlah potensi peluang pekerjaan yang dicatatkan pada tahun 2011 ini secara langsung disebabkan oleh faktor penurunan jumlah pelaburan yang dicatatkan bagi tempoh sepanjang tahun 2011.

    Selain itu, terdapat juga projek-projek perkilangan yang diluluskan menggunakan automation bagi proses pengeluaran mereka dan secara langsung mengurangkan jumlah pekerja yang diperlukan oleh pihak syarikat.

    Perbandingan jumlah pelaburan antara tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah

    seperti jadual berikut:-

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2009 278 22,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951
    2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 263 20,750 4,504,853,012 4,236,263,746 8,741,116,758

    * Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.