Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
59) HOTEL BAJET BARU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kewujudan hotel-hotel bajet perlu mendapat persetujuan masyarakat setempat?
Secara dasarnya, tiada ketetapan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri yang memerlukan sebarang permohonan pembinaan hotel bajet perlu mendapat persetujuan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, setiap pengusaha yang memohon lesen premis hotel bajet perlu memenuhi syarat Kebenaran Merancang yang memerlukan pemohon mendapatkan persetujuan lot berjiran premis tersebut.
-
Adakah hotel-hotel bajet tersebut menepati undang-undang bangunan?
Sebelum permohonan lesen hotel bajet diluluskan, pemohon perlu mematuhi peraturan-peraturan dan peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Sebarang perubahan yang dilakukan ke atas bangunan juga perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dari Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat. Selain itu, semua hotel bajet yang dibina perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sebelum Pelan Bangunan diluluskan oleh Jabatan Bangunan untuk kelulusan dan Perakuan Siap Kerja perlu dikemukakan oleh perunding arkitek setelah kerja-kerja siap dilaksanakan.
-
Adakah semua hotel bajet selamat kerana ada dakwaan ia dibuat di bangunan tiada CF?
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan meluluskan permohonan lesen hotel bajet yang dibina di bangunan yang tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki atau Sijil Perakuan Siap dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap premis yang menjalankan aktiviti tanpa lesen.