Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

58) KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masih terdapat banyak kemudahan awam rosak dan belum dibaiki, apakah langkah kerajaan Negeri membendung masalah ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil tindakan serius terhadap isu berhubung dengan kemudahan awam yang rosak ataupun yang belum dibaiki. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kewangan bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan dan memperbaiki kemudahan awam di seluruh Negeri Selangor. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berkala terhadap mana-mana kemudahan awam yang memerlukan kerja-kerja pembaikan.

  2. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan pada tahun 2011 dalam memperbaiki infrastruktur awam?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 27,021,476.30 pada tahun 2011 bagi mengatasi masalah kemudahan awam yang rosak mahupun yang belum dibaiki di seluruh Negeri Selangor. Pecahan peruntukan mengikut daerah adalah seperti di LAMPIRAN 1.

    LAMPIRAN 1

    BIL. DAERAH / KAWASAN JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
    1. PETALING 1,870,000.00
    2. KLANG 3,972,917.54
    3. GOMBAK 3,652,500.00
    4. HULU LANGAT 2,965,091.50
    5. SEPANG 2,900,100.00
    6. KUALA LANGAT 4,030,000.00
    7. KUALA SELANGOR 2,319,490.58
    8. HULU SELANGOR 2,611,000.00
    9. SABAK BERNAM 2,700,376.68
      JUMLAH KESELURUHAN 27,021,476.30

    * senarai jumlah termasuk bagi Projek-Projek Kecil, Dewan, Balairaya, Kemudahan Sukan dan Bangunan PLB sehingga 2 Mac 2012

Lampiran

Tiada Lampiran.