Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

56) PERIZABAN BANJARAN KUARTZA KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang perizaban banjaran kuartza Klang?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 37 / 2011 yang diadakan pada 7 Disember 2011 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 38 / 2011 pada 14 Disember 2011 yang telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri bagi mengkaji Permatang Kuarza Genting Klang sebagai Tapak Warisan Dunia.

    Lanjutan daripada keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kajian Permatang Kuarza Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 15 Disember 2011 yang dipengerusikan oleh Y.B. Puan Elizabeth wong (Pengerusi Tetap

    Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri

    Selangor). Atas faktor input kepakaran yang diperlukan, mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk pihak Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM) menjalankan kajian awalan (preliminary study) berkaitan fakta-fakta saintifik Permatang Kuarza.

    Pihak JPBD Selangor telah menerima dan menyemak Kertas Cadangan Kajian Saintifik Permatang Kuarza Genting Kelang sebagai Tapak Warisan Geologi Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia daripada pihak SEADPRI-UKM dan bersetuju dengan kertas cadangan yang telah dikemukakan. Oleh yang demikian, proses pelantikan pihak SEADPRI-UKM akan dilakukan oleh pihak UPEN untuk menjalankan kajian tersebut bagi Fasa 1 yang akan mengambil masa selama 9 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.