Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
46) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dewan Negeri telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOIA) yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat kerajaan. Apakah tindakan kerajaan negeri susulan kelulusan enakmen tersebut?
Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 telah diwartakan pada 25 Ogos 2011. Berikutan itu, Kerajaan Negeri telah dan sedang mengambil beberapa tindakan yang perlu sebelum Enakmen tersebut dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.Antara tindakan-tindakan yang terlibat adalah seperti berikut:
Mengemukakan Permohonan perjawatan tambahan di setiap jabatan / agensi negeri khusus bagi pengisian Pegawai Maklumat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia(JPA).Walau bagaimanapun permohonan jawatan baru tidak dapat dipertimbangkan oleh JPA ekoran dari pembekuan pengambilan dan pengwujudan perjawatan baru dalam tempoh kajian struktur organisasi perkhidmatan awam ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat dan merangka sistem saraan perkhidmatan awam yang baru (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga31 Disember 2011 yang lalu dan kemudiannya telah dilanjutkan sehingga April 2012.
Memandangkan proses kelulusan pewujudan perjawatan baru mengambil masa yang lama dan menyedari akan kepentingan pelantikan Pegawai Maklumat ini disegerakan maka kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara ini di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-6 / 2012 pada 15 Februari 2012 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-7 / 2012 pada 22
Februari 2012 adalah seperti berikut:-
- Pegawai Maklumat hendaklah dilantik di kalangan pegawai berstatus tetap daripada perjawatan sedia ada di setiap Jabatan / Agensi kerajaan negeri;
- Semua pegawai yang dilantik akan diwartakan melalui Warta kerajaan; dan
- Semua pegawai yang dilantik perlu menjalani kursus pemahaman Enakmen yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Penasihat Undangundang Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat akhir melaksanakan langkahlangkah yang perlu sebelum menguatkuasakan Enakmen ini seperti berikut:-
- Menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) yang lengkap berhubung pelaksanaan Enakmen ini;
- Penyediaan format Borang-Borang standard yang diperlukan sebagaimana peruntukan Enakmen;
- Penetapan kadar fi yang bersesuaian sebagaimana yang diperuntukkan oleh Enakmen;
- Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan maksimum enam (6) orang ahli tambahan yang menganggotai Lembaga Rayuan yang dikenali sebagai Badan Maklumat Negeri;
- Penetapan kaedah-kaedah berhubung tatacara rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dan kawal selia prosiding Badan Maklumat Negeri;
- Penetapan elaun yang bersesuaian bagi Ahli-Ahli Badan Maklumat Negeri; dan
- Melaksanakan kursus pemahaman Enakmen kepada semua Pegawai Maklumat
-
Adakah kerajaan negeri sudah melantik mereka yang terlibat dalam soal pengurusan maklumat di peringkat jabatan dan PBT?
Kerajaan negeri telah mengenal pasti pegawai maklumat yang akan dilantik bagi setiap jabatan dan dalam proses mewartakan nama-nama mereka selaras dengan keputusan MMKN Ke-6 / 2012 pada 15 Februari 2012 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-7 / 2012 pada 22 Februari 2012, iaitu Pegawai Maklumat hendaklah dilantik daripada kalangan pegawai awam berstatus tetap daripada perjawatan sedia ada di setiap Jabatan / Agensi kerajaan negeri mengikut perincian seperti jadual berikut:-
GRED PERJAWATAN UNTUK NO. JABATAN PELANTIKAN PEGAWAI MAKLUMAT 1. Pejabat DYMM Sultan Selangor M41 Pejabat DYMM Sultan Selangor
2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri M48 Bahagian Korporat
3. Perbendaharaan Negeri Selangor M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
GRED PERJAWATAN UNTUK NO. JABATAN PELANTIKAN PEGAWAI MAKLUMAT 5. Jabatan Pertanian Selangor M41 Bahagian Perkhidmatan
6. Pejabat Tanah dan Galian Selangor M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
7. Jabatan Perhutanan Selangor G41 Bahagian Khidmat Pengurusan
8. Jabatan Mufti Selangor S41 Bahagian Khidmat Pengurusan
9. Jabatan Kerja Raya Selangor M52 Bahagian
Pentadbiran/Kewangan
10. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor M44 Bahagian
Pentadbiran/Kewangan
11. Jabatan Agama Islam Selangor M52 Bahagian Khidmat Pengurusan
12. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor S41 Bahagian
Pentadbiran/Kewangan
13. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor M41 Bahagian
Pentadbiran/Kewangan
14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar N27 Bahagian Khidmat Pengurusan
15. Pejabat Daerah/Tanah Petaling M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
16. Pejabat Daerah/Tanah Gombak M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
17. Pejabat Daerah/Tanah Klang M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
18. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
GRED PERJAWATAN UNTUK NO. JABATAN PELANTIKAN PEGAWAI MAKLUMAT 19. Pejabat Daerah/Tanah H ulu Langat M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
20. Pejabat Daerah/ Tanah Sepang M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
21. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
22. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
23. Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
24. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor LS48 Bahagian Khidmat Pengurusan
PIHAK BERKUASA TEMPATAN / NO. PELANTIKAN PEGAWAI BADAN BERKANUN MAKLUMAT 25. Majlis Bandaraya Petaling Jaya N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
26. Majlis Perbandaran Klang N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
27. Majlis Bandaraya Shah Alam N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
28. Majlis Perbandaran Subang Jaya N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
29. Majlis Perbandaran Kajang N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
30. Majlis Daerah Kuala Langat N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
PIHAK BERKUASA TEMPATAN / NO. PELANTIKAN PEGAWAI BADAN BERKANUN MAKLUMAT 31. Majlis Daerah Kuala Selangor N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
32. Majlis Daerah Sabak Bernam N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
33. Majlis Perbandaran Sepang N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
34. Majlis Daerah Hulu Selangor N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
35. Majlis Perbandaran Ampang Jaya N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
36. Majlis Perbandaran Selayang N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
37. Lembaga Urus Air Selangor N48 Jabatan Khidmat Pengurusan
38. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 48 (Terbuka) Khidmat Pengurusan 39. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor N41 Bahagian Khidmat Pengurusan
40. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor N41 Bahagian Khidmat Pengurusan
41. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor N48 Perumahan 42. Perbadanan Adat-adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor N44 Sedia Ada Bahagian Khidmat Pengurusan GRED PERJAWATAN UNTUK GRED PERJAWATAN UNTUK
Memandangkan terdapat beberapa keperluan teknikal yang perlu disiapkan sebelum Enakmen Kebebasan Maklumat ini dikuatkuasakan maka nama-nama mereka hanya akan diwartakan sebagai Pegawai Maklumat serentak dengan tarikh berkuatkuasanya Enakmen ini .
-
Berapakah jumlah peruntukan yang akan digunakan untuk pelaksanaan FOIA?
Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 ini
melibatkan kos-kos perbelanjaan seperti berikut:-
- Elaun khas bulanan sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) dibayar kepada semua Pegawai Maklumat sebagaimana kelulusan MMKN Ke 6/2012.
Jumlah keseluruhan pembayaran elaun selama setahun bagi 42 Pegawai Maklumat (termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun) adalah seperti berikut:-
RM 500.00 x 42 x 12 = RM 252,000.00
- Elaun-elaun yang perlu dibayar kepada Pengerusi / Timbalan Pengerusi, Ahli-ahli dan Pendaftar Badan Maklumat Negeri seperti perincian berikut
(kadar elaun masih dalam peringkat cadangan):-
PENGERUSI / AHLI LEMBAGA (Yang JENIS ELAUN TIMBALAN terlibat dalam panel PENGERUSI perbicaraan sahaja) (RM) (RM) 1. Elaun persidangan 3,000.00 setiap persidangan atau sebahagiannya 1,000.00 setiap persidangan atau sebahagiannya 2. Elaun Kes 1,000.00 setiap kes yang didengar dalam persidangan 500.00 setiap kes 3. Elaun Tetap Perkeranian 400.00 setiap kes -tiada- 4.Elaun Perjalanan / Penginapan Mengikut pegawai Gred JUSA ‘A’ atau seumpama
Mengikut pegawai Gred 54 atau seumpama PENDAFTAR JENIS ELAUN (RM) 1. Elaun kes 500.00 setiap kes 2. Elaun perbatuan Mengikut gred jawatan awamnya atau gred 54 mengikut mana yang lebih tinggi
3. Elaun pakaian 1,000.00 sekali setiap 3 tahun Berikut adalah anggaran jumlah perbelanjaan elaun selama setahun :-
PENGERUSI / AHLI PENDAFTAR JUMLAH JENIS TIMBALAN LEMBAGA (RM) (RM) ELAUN PENGERUSI (RM) (RM) 1. Elaun persidangan RM 3,000.00 x 6 persidangan = RM18,000.00
RM1,000.00 x 6 persidangan x 2 ahli =
RM12,000.00
– RM 30,000.00 2. Elaun Kes RM1,000.00 x 50 kes = RM 50,000.00
RM500.00 x 50 kes x 2 ahli
= RM
50,000.00
RM500.00 x 50 kes = RM
25,000.00
RM 125,000.00 JUMLAH BESAR RM155,000.00 - Kos penerbitan bagi cetakan Standard Operating Procedure (SOP) dan cetakan Borang-Borang yang dianggarkan seperti berikut (untuk setahun):-
SOP: RM10.00 x 500 jilid = RM 5,000.00
7 jenis Borang: RM0.10 x 7 x 5000 naskhah = RM 3,500.00
iv- Kos pelaksanaan kursus pemahaman Enakmen kepada semua Pegawai Maklumat yang dianggarkan seperti berikut (RM500.00 / peserta dan sekali setahun):-
RM500.00 x 42 = RM 21,000.00
Secara keseluruhannya, anggaran perbelanjaan keseluruhan untuk tempoh setahun bagi pelaksanaan Enakmen ini (hasil campur item i,ii,iii dan iv di atas) adalah sebanyak RM436,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Lima Ratus).