Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
44) KECURIAN PASIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik kes kecurian pasir di Selangor mengikut Daerah?
Statistik kes kecurian pasir di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut :
Bil. Daerah Lokasi Dikenalpasti 1. PTD Petaling 1 2. PTD Gombak 2 3. PTD Sepang 1 4. PTD Kuala Langat 5 5. PTD Hulu Langat 4 6. PTD Hulu Selangor 1 JUMLAH LOKASI 14 -
Adakah insentif yang diperkenalkan membantu mengawal aktiviti kecurian pasir?
Di dalam membanteras kegiatan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah di Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 21/2010 yang diadakan pada 16 Jun 2010 telah bersetuju agar ganjaran sehingga RM5,000.00 diberikan kepada mana-mana individu atau pasukan yang berjaya merampas barang/jentera yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah. Selain itu, bagi memastikan aktiviti ini tidak berleluasa, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 38/2010 yang diadakan pada 20 Oktober 2010 telah memutuskan supaya ganjaran sebanyak RM5,000.00 hingga RM20,000.00 diberikan kepada Pejabat Tanah Daerah yang melakukan tindakan perampasan tanah untuk pelanggaran syarat di bawah Seksyen 128 KTN 1965 bagi tanah berimilik yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah. Dengan adanya insentif ini, ianya dapat membantu di dalam tindakan penguatkuasaan dan seterusnya membanteras kegiatan ini berleluasa.
-
Berapa jumlah insentif yang telah diberikan dan siapakah penerimanya?
c) Sepanjang tahun 2011, sejumlah RM475,100.00 telah diberi kepada anggota dan kakitangan Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor sebagai insentif dalam usaha membanteras aktiviti kecurian pasir. Ganjaran tersebut juga diberikan kepada anggota Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang membantu di dalam operasi penguatkuasaan.
Pecahan peruntukan yang diberikan mengikut Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor adalah seperti berikut :
Jumlah Jumlah
Ganjaran Ganjaran
Bil. Daerah
(Barang (RampasanRampasan) Tanah)
1. Pejabat Daerah Hulu Selangor 15,000.00 –
2. Pejabat Daerah Sepang – 200,000.00
3. Pejabat Daerah Kuala Langat 35,000.00 90,000.00
4. Pejabat Daerah Hulu Langat 35,000.00 –
5. Pejabat Tanah Kuala Selangor 2,500.00 –
6. Pejabat Tanah dan Galian Selangor 97,600.00 –
JUMLAH TUNTUTAN (RM) 185,100.00 290,000.00