Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
43) BANTUAN BLUEPRINT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan jawapan dan kelulusan sedangkan permohonan telah dibuat melalui Pejabat Daerah?
Menjawab kepada soalan yang diberikan, sejak Pentadbiran Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor pada tahun 2008 dalam usaha untuk menangani permasalahan kemiskinan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM2 juta setiap tahun, melalui Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor, bantuan telah diberikan kepada seramai 1139 orang penerima yang layak;
Berikut adalah pecahan kepada program tersebut:
Bil TAHUN BILANGAN PEMOHON BILANGAN PENERIMA
1 2008 353 197 2 2009 2148 345 3 2010 2473 244 4 2011 1346 353 JUMLAH PENERIMA 6320 1139 Jangkamasa yang diambil bagi melaksanakan program ini bagi setiap daerah adalah selama 3 bulan dari proses kerja pertama yang diukur sejak proses temuduga dilaksanakan. Setiap permohonan Bantuan Blueprint akan melalui proses dimana ianya akan melalui beberapa peringkat seperti di carta alir berikut: