Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
39) PREMIS NIAGA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah pusat atau premis yang telah dibina mengikut daerah?
Bilangan pusat atau premis yang telah dibina adalah seperti berikut:
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PREMIS NIAGA 1. MBSA 72 2. MBPJ 74 3. MPK 96 4. MPAJ 127 5. MPSJ 129 6. MPS 2,214 7. MPKj 93 8. MPSp 500 9. MDKS 7 10. MDHS 141 11. MDKL 35 12. MDSB 269 JUMLAH 3,757 -
Berapa ramaikah peniaga yang telah mendapat manfaat dari penubuhannya?
Melalui program menyediakan premis atau pusat perniagaan kepada usahawan di Negeri Selangor khususnya, sejumlah 424 usahawan telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Dalam masa yang sama juga, Kerajaan Negeri sedang diperingkat menyediakan pusat-pusat pengumpulan di Daerah Sepang,
Kuala Langat, Gombak dan Hulu Langat. Apabila ianya telah siap sepenuhnya dan beroperasi, adalah dijangkakan pusat-pusat pengumpulan tersebut akan dapat membantu ramai usahawan-usahawan IKS yang beroperasi di dalam daerah tersebut dan Kerajaan Negeri menganggarkan sekurang-kurangnya 10 usahawan akan mendapat manfaat daripada program tersebut terutama sekali dari segi pengedaran dan pemasaran produk yang dihasilkan.
-
Apakah bentuk perniagaan yang telah terlibat menyertainya?
Kebanyakan perniagaan yang dijalankan adalah dari sektor pembuatan seperti produk berasaskan pertanian (IAT) sebagai contoh produk kerepek, rempeyek, minuman kesihatan, minuman, produk herba dan lain-lain lagi.