Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
34) AKHBAR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai akhbar-akhbar sendiri iaitu Selangor Kini, Selangor Times dan Selangor Indru untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Sejauh manakah sambutan rakyat terhadap akhbar-akhbar ini?
Selangorkini: Untuk memastikan keberkesanan Selangorkini, satu kajian “Perspektif pengundi terhadap Selangorkini” telah dibuat oleh Merdeka Centre pada Julai 2011. Antara kesimpulan yang didapati dari kajian tersebut, liputan Selangorkini telah meningkat dari masa ke semasa. Liputan pada tahun 2011 meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh keputusan untuk meningkatkan kekerapan edisinya dari sebulan sekali ke dua kali sebulan.
Dari segi isi kandungan atau “editorial content”, tahap kepuasan dilihat agak tinggi secara umum. – 64% (Melayu), 50% (Cina) dan 82 (India). Pengundi lelaki dilihat lebih berpuas hati dan inya disebabkan capaian di kalangan ini lebih tinggi berbanding perempuan.
Menurut kecenderungan parti pula, lebih 70% mereka diatas pagar puas hati dengan isi kandungan Selangorkini. Sila lihat lampiran untuk tahu lebih lanjut.
Selangor Times:Tiada kajian khusus yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun, tinjauan rambang yang telah dilakukan mendapati, akhbar berbahasa Inggeris dan Mandarin ini mendapat sambutan baik oleh “target audience” iaitu penduduk bandar di negeri Selangor. Mereka selalu mendapa permintaan dari orang ramai, persatuan penduduk serta pemimpin masyarakat.
Selangor Indru: Tiada kajian khusus yang telah dilakukan. Namun mengikut tinjauan pejabat ahli majlis kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar yang
bertanggungjawab untuk pengedar akhbar bahasa Tamil tersebut,
-
Bagaimanakah akhbar-akhbar ini disampaikan kepada rakyat?
Selangorkini – Sejak awal sehingga sekarang, akhbar ini di edarkan terus kepada pejabat Dun dan penyelaras DUN seluruh Selangor. Walau bagaimana pun barubaru ini, sebanyak 50,000 naskhah telah diedarkan melalui “professional flyer distributor” dengan kos minima di tempat-tempat yang telah ditentukan
Selangor Times – Akhbar ini diedarkan terus di 21 stesen LRT, 10 stesen komuter, tiga pusat membeli-belah dan 10 buah pasar basah di seluruh Selangor.
Selangor Indru – Akhbar ini diedarkan terus ke pejabat DUN dan penyelaras DUN seluruh Selangor mengikut keperluan.
-
Berikan statistik tentang penambahan akhbar-akhbar ini dari sejak diterbitkan sehingga kini.
Selangorkini:
Disember 2008 – Disember 2009: Penerbitan sebulan sekali, 100,000 naskhah dicetak
Disember 2009 – Januari 2011: Dua kali sekali (100,000 naskhah)
Januari 2011 – sehingga sekarang: Seminggu sekali (120,000 naskhah)
February 2012: Seminggu sekali (150,000 naskhah)
Selangor Times
November 2010 sehingga sekarang – Seminggu sekali (100,000 naskhah)
Selangor Indru
Februari 2011 sehingga sekarang – Dua bulan sekali (50,000 – 120,000 naskhah berpandukan permintaan dan keperluan)