Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
33) JALAN ROSAK DAN LAMPU JALAN TIDAK MENYALA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penduduk Alam Jaya mengadu berkaitan jalan masuk ke Taman Alam Jaya yang rosak teruk. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tersebut?
Pihak Majlis sedang mengeluarkan tawaran sebut harga yang bermula pada 7.3.2012 dan tarikh tutup pada 19.3.2012 untuk kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi tersebut menggunakan bagi peruntukan MARRIS Tahun 2011.
-
Lampu Jalan di jalan masuk ke Taman Alam Jaya juga tidak berfungsi dan menimbulkan kebimbangan penduduk pada waktu malam. Apakah tindakan Kerajaan Negeri setakat ini?
Pihak MDKS telah mengenal pasti lokasi aduan kerosakan lampu di kawasan tersebut. Peringkat pertama pihak Majlis telah mengeluarkan kerja penyelenggaraan lampu jalan di lokasi tersebut iaitu di Jalan Masuk Alam Jaya dan kawasan kilang. Pada peringkat seterusnya pihak Majlis akan membuat penyelenggaraan di kawasan perumahan Taman Alam Jaya dari masa ke semasa.