Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

23) TANAH KG SUNGAI BUAYA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri mempunyai tanah-tanah bekas peneroka Felda di Kg Sg Buaya. Apakah Rasional dan Apa rancangan kerajaan terhadap tanah tersebut ?

    Untuk makluman, Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor telah mengarahkan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk merancang pembangunan di atas tanah seluas 1047 ekar yang dulunya sebahagian daripada tanah pembangunan Bandar Sungai Buaya.

    Pelan perancangan pembangunan semula tersebut telah disediakan dengan pembangunan berkonsepkan Amusement City yang akan membawa nilai tambah kepada bukan sahaja kepada Bandar Sungai Buaya malah kepada Daerah Hulu Selangor.

    Perancangan ini masih di dalam tindakan Lembaga Perumahan Negeri Selangor (LPHS) untuk tindakan selanjutnya.

  2. Sekiranya dijual berapakah harga sehektar ?

    Perlu dirujuk ke Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) apabila ada permintaan untuk urusan jual beli dibuat.

  3. Apakah status Tanah yang dipulang balik oleh FELDA kepada kerajaan negeri yang seharusnya diberi kepada bekas peneroka seluas 2 ekar setiap orang?

    Tanah Kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.