Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

21) KILANG HARAM DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir berapa banyakkah status ÒKilang HaramÓ yang diselesaikan (di beri lesen)?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran ini melibatkan 2250 buah kilang. Sebanyak 857 buah kilang telah ditukar syarat kepada industri sepanjang tempoh Pakatan Rakyat mentadbir. Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran telah di mulakan pada tahun 2006 dan sepatutnya berakhir pada tahun 2010. Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bilangan 32/2010 pada 8 Jun 2010 telah meluluskan pelanjutan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran sehingga 30 Jun 2011. Sekali lagi pada bulan Jun 2011 MMKN (bilangan 20/2011) telah meluluskan pelanjutan tempoh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran sehingga 31 Disember 2012. Sehingga hujung tahun 2011 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak lagi mengeluarkan Lesen sementara kepada pengusaha kilang tanpa kebenaran. PBT hanya mengeluarkan lesen sementara sehingga hujung tahun 2010. Bilangan kilang yang terlibat di dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran adalah seperti di Lampiran A.

    Kilang Tanpa Kebenaran tidak dapat dilesenkan disebabkan oleh keengganan pemilik tanah untuk menyertai Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dan sebahagian lagi disebabkan permohonan mereka tidak memenuhi syaratsyarat jabatan teknikal yang terlibat dengan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian Selangor bercadang selepas tamatnya Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran akan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara.

     

    LAMPIRAN A

    LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT DAERAH

    (SEHINGGA MEI 2011)

    DAERAH BIL.

    LOT

    BIL.

    PERMOHONAN

    TUKAR SYARAT

    KEPUTUSAN PERMIT KHAS SEMENTARA PREMIUM TAMBAHAN (RM)
    LULUS TOLAK TANGGUH 2007 2008 2009 2010
    TELAH BAYAR
    PETALING 985 469 47.61% 462 3 4 3 0 1 1 49,370,387.65
    KLANG 434 256 58.99% 159   2     125 115 27,695,626.50
    GOMBAK 44 31 70.45% 37 1 12 32 0 0 0 342,056.34
    HULU LANGAT 467 137 29.34% 102 5 2 53 18 24 2 26,174,523.10
    KUALA LANGAT 209 86 41.15% 66 12 1 90 10 35 0 6,071,780.00
    SEPANG 44 17 38.64% 17 0 0 14 0 3 1 2,094,404.00
    HULU SELANGOR 17 8 47.06% 4 2 0 9 8 7 1 169,026.00
    KUALA SELANGOR 34 17 50.00% 10 2 5 29 17 14 0 327,390.75
    SABAK BERNAM 16 0 0.00% 0 0 0 0 0 0 16 16,000.00
    JUMLAH 2,250 1,021 45.38% 857 25 26 230 53 209 136 112,261,194.34

     

  2. Bagi yang tak dapat dilesenkan apakah Kerajaan terus membenarkan mereka terus beroperasi?

Lampiran

Tiada Lampiran.