Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
20) BIASISWA IPT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa orang pelajar telah berjaya memperoleh tawaran Biasiswa IPT Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2011?
Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan 1000 tempat setahun untuk pemberian kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Perubatan, Ijazah, Diploma dan Sijil dengan peruntukan sebanyak RM8.5 juta setahun. Pada tahun 2011, seramai 1025 orang telah ditawarkan pinjaman Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, hanya 846 orang sahaja yang menerima tawaran pinjaman pelajaran yang ditawarkan. Perincian seperti jadual di bawah:
Jadual 1 adalah perincian maklumat Pinjaman Pelajaran bagi tahun 2011.
MAKLUMAT PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2011
JUMLAH Ditawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 1025 orang Menerima tawaran Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor 846 orang -
Nyatakan pelajar yang berjaya menikmati biasiswa negeri kerajaan mengikut pecahan kaum.