Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

12) TAPAK TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tapak tanah perkuburan orang-orang Islam yang terdapat di kawasan DUN Semenyih seperti di Sg Lalang, Ulu Semenyih, Sg Purun dan Kg Rinching telah hampir penuh. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi tapak perkuburan yang hampir penuh tersebut?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan kajian terhadap Inventori Tanah

    Perkuburan Dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 Di Negeri Selangor yang telah dipersetujui oleh MMKN ke 24/2011 pada 6 Julai 2011 sebagai perancangan untuk mengatasi isu tapak-tapak perkuburan yang hampir atau telah penuh di Negeri Selangor.

    Bil   Tanah Perkuburan   No lot   Luas   Tahap   Luas
    (ekar) Penghunian kekosongan
          (ekar)
       
    1. Tanah Perkuburan Islam Batu 18, Semenyih 1068 5 Belum beroperasi 5
    2. Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Purun, Semenyih 5280 5 30%              telah

    digunakan

    3.5
    3. Tanah Perkuburan       Islam Semenyih, Semenyih 123 3 75%              telah

    digunakan

    0.75
    4. Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Jalan Bangi, Semenyih 937 4 20%              telah

    digunakan

    3.2
      Jumlah   17       12.45

    Kajian inventori tersebut telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor dengan kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah / Daerah di negeri Selangor. Berdasarkan kajian inventori tersebut, didapati terdapat seluas 17 ekar tapak perkuburan Islam sedia ada di Mukim Semenyih di mana anggaran tahap penghunian adalah seperti berikut:Sumber: Kajian Inventori Tanah Perkuburan Sehingga Disember 2010 di Negeri Selangor Oleh yang demikian, masih terdapat anggaran seluas 12.45 ekar tanah perkuburan Islam yang masih belum dihuni di kawasan Mukim Semenyih.

    Walau bagaimanapun, untuk perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) atau Integrated Regional Cemetery (merujuk kepada kajian terhadap Inventori Tanah Perkuburan Dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 Di Negeri Selangor yang telah dipersetujui oleh MMKN ke 24/2011 pada 6 Julai 2011) sebagai salah satu alternatif terbaik untuk dilaksanakan di negeri ini, terutamanya bagi kawasan PBT-PBT yang pesat membangun.

    Salah satu daripada tapak cadangan perkuburan wilayah bersepadu yang telah dikenalpasti adalah terletak di Mukim Hulu Semenyih iaitu Tanah Perkuburan Bersepadu MPKj, Mukim Hulu Semenyih seluas 168.74 ekar (68.29 hek).

Lampiran

Tiada Lampiran.