Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

9) PERTANIAN KOMERSIL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk memajukan apa-apa tanaman komersil baru di Selangor?

    Pada masa ini pihak Kementerian Pertanian masih membuat  penyelidikan terhadap daya maju projek penanaman kenaf. Setakat ini kerajaan negeri  belum bercadang untuk memajukan tanaman kenaf sebagai tanaman komersil di Negeri Selangor. Walau bagaimana pun dari masa ke semasa kerajaan negeri bersedia untuk memajukan tanaman-tanaman tertentu yang jelas terbukti dapat memberikan  pulangan yang optimum kepada pengusaha-pengusaha.

  2. Apakah fokus pertanian Selangor 2012 yang boleh meningkatkan pendapatan petani / pekebun?

    Fokus pertanian Negeri Selangor bagi tahun 2012 adalah meningkatkan pengeluaran tanaman makanan khususnya tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, kerajaan negeri juga memberikan fokus terhadap Amalan Pertanian Baik yang mensasarkan hasil pertanian yang segar, berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna. Selain itu, fokus juga diberikan terhadap peningkatan produk-produk Industri Asas Tani dan nilai tambah serta peningkatan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Lampiran

Tiada Lampiran.