Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

6) GAJI MINIMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai pekerja di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri menikmati dasar gaji minima yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ?

    Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang di bawah MBI tidak mempraktikkan dasar gaji minima ini kerana kakitangan yang digajikan tidak kurang daripada tahap gaji minima yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Berapa syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menjalan polisi gaji minima?

    Memandangkan syarikat-syarikat Kerajaan Negeri yang di bawah MBI tidak mempunyai kakitangan yang digaji di bawah polisi gaji minima, oleh yang demikian, tiada syarikat yang tidak berupaya untuk menjalankan polisi gaji minima ini.

  3. Apakah halangan utama untuk kerajaan negeri melaksanakan dasar gaji minima kepada seluruh pekerja di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor?

    Memandangkan syarikat-syarikat Kerajaan Negeri yang di bawah MBI tidak mempunyai kakitangan yang digaji di bawah polisi gaji minima, oleh yang demikian, tiada halangan untuk mempraktikkan polisi ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.