Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

3) MASALAH BEKALAN AIR BERSIH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar, terdapat khabar angin mengatakan bahawa rakyat di Negeri Selangor bakal menghadapi masalah bekalan air bersih dalam tempoh terdekat ini?

    Isu tidak cukup air ini telah dibangkitkan oleh SYABAS kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor semenjak tahun 2005 lagi. Pada masa ini, kapasiti air dari 33 Loji Rawatan Air adalah sebanyak 4,326 Juta Liter Se Hari. Dari jumlah itu, masih ada Loji yang tidak mengeluarkan air mengikut kapasiti reka bentuk.

    Ada juga Loji yang mampu mengeluarkan air melebihi kapasiti reka bentuk, namun disebabkan tidak ada inter connectivity yang lengkap, maka lebihan air dari Loji tersebut tidak dapat disalurkan ke kawasan permintaan tinggi, contohnya Loji Sungai Selangor Fasa 3 boleh mengeluarkan air sebanyak 800MLD, tetapi jumlah yang diminta oleh SYABAS untuk diagihkan kepada pengguna hanya dianggarkan sebanyak

    600MLD.  Begitu juga Loji Air Rasa boleh mengeluarkan air sebanyak 250MLD tetapi permintaan hanya setakat purata 150MLD sahaja.

    Keperluan air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi bekalan air awam adalah 4,037 JLH, pengairan padi adalah 1,973 JLH, pertanian adalah 99 JLH dan penternakan adalah 23 JLH maka berjumlah 6,132 juta liter sehari. 10% bagi keperluan ‘environmental flow’ iaitu 1,700 juta liter sehari. Jumlah keseluruhan keperluan air adalah 7,832 juta liter air sehari.

    Actual Metered Consumption setakat tahun 2011 adalah sebanyak 2,808MLD.  Kadar NRW yang tinggi mempengaruhi permintaan air dan anggaran yang diberikan oleh SYABAS adalah mengambil kira buffer sebanyak 10% dan keadaan ini menyebabkan permintaan air dilihat meningkat secara mendadak.

    Ini bermakna Negeri Selangor masih lagi mempunyai 9,168 juta liter sehari air larian permukaan yang masih belum dimanfaatkan, ini termasuklah air di dalam kolam tadahan banjir dan bekas lombong yang mana sebahagiannya terus mengalir ke laut.  Manakala bagi sumber air bumi masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.

    Unjuran purata permintaan bekalan air dikira berdasarkan kepada pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi serta industri dengan mengambil kira zon penampan sebanyak 10% dalam unjuran permintaan dan pengeluaran bekalan air bersih. Purata permintaan bekalan air semasa adalah sebanyak 4,113 JLH, manakala purata penggunaan sebenar mengikut rekod SYABAS adalah seperti berikut:

    TAHUN PURATA (JLH)
    2005 2,296
    2006 2,392
    2007 2,489
    2008 2,575
    2009 2,650
    2010 2,747
    2011 2,808

    Unjuran yang dibuat oleh SYABAS mengambil kira faktor pertumbuhan permintaan pada kadar 6.0% dan buffer sebanyak 10% setahun. Manakala pertumbuhan permintaan sebenar adalah pada kadar 1.5% 2% setahun. Kadar pertumbuhan penggunaan air melalui pembilan adalah sebanyak 4% setahun.

    Untuk tempoh 20 tahun akan datang, dijangkakan akan berlaku pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi. Pertambahan penduduk serta pertumbuhan ekonomi yang rancak secara langsung akan mendorong kepada permintaan air bersih yang lebih tinggi manakala pembekalan air tidak berubah.

    Berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), penggunaan per kapita nasional untuk penggunaan domestik bagi Semenanjung Malaysia bagi tahun 2007 dan 2008 adalah 226 liter/orang/hari.

    Kadar penggunaan per kapita nasional sebanyak 226 liter/orang/hari ini adalah jauh lebih tinggi dari Singapura sebanyak 170 liter/orang/hari, dan usaha-usaha boleh dijalankan bagi mengurangkannya.

  2. Jika benar terjadinya situasi sebegini, apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah bekalan air bersih tersebut kelak?

    Untuk tempoh 20 tahun akan datang, dijangkakan akan berlaku pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi. Pertambahan penduduk serta pertumbuhan ekonomi yang rancak secara langsung akan mendorong kepada permintaan air bersih yang lebih tinggi manakala pembekalan air tidak berubah.  Sama ada khabar angin mengenai Selangor akan menghadapi masalah bekalan air itu benar atau sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.

    Beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi, antaranya adalah

    seperti berikut:-

    1. Loji Rawatan Air Sg Labu / KLIA Alternative Water Supply Scheme

    Projek ini dikendalikan oleh Pengurusan Aset Air Berhad.  Kapasiti nominal Loji Rawatan Air adalah 105 Jlh.

    1. Membaik pulih Kapasiti Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1 (SSP1)

    Kerja-kerja membaik pulih kapasiti pengeluaran Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1 (SSP1) dapat  meningkatkan pengeluaran dari Loji SSP1 dari 760 Jlh sedia ada kepada 950 Jlh, iaitu peningkatan sebanyak 190 Jlh.

    Pada ketika ini, semua data berkenaan dengan permintaan dan pembekalan air adalah dipegang oleh SYABAS.  Dari data yang telah di analisa, didapati unjuran yang dibuat oleh SYABAS adalah agak tinggi.  Rawatan air pula dikendalikan oleh operator yang berlainan. Namun demikian, sekiranya berlaku krisis bekalan air, dalam apa keadaan sekalipun, Kerajaan Negeri Selangor akan dipersalahkan.

    Oleh itu, salah satu tujuan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor adalah untuk memastikan industri perkhidmatan air di Selangor dikendalikan secara holistik oleh satu operator bermula dari proses rawatan proses hinggalah pengagihan kepada pengguna. Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

    Kerajaan Negeri Selangor  menyedari kepentingan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pengambilan balik tanah bagi untuk pelaksanaan Projek ini dan bagi tanah-tanah kerajaan yang telah dirizabkan untuk tujuan tertentu, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pajakan selama 20 tahun.

    Proses pengambilan balik tanah bagi Projek LRA 2 telah bermula semenjak tahun 2007 lagi.  Keseluruhan tanah yang terlibat untuk Projek LRA 2 adalah sebanyak 462.776 hektar. Dari jumlah tersebut, 86.44 hektar adalah tanah kerajaan. Namun demikian, Kelulusan Pelan Pembangunan masih ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga persefahaman bersama dapat dicapai dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor hendaklah dibincangkan bersekali supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persefahaman di dalam memuktamadkan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah yang tidak membebankan rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan operator air.

    Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk mempertimbangkan kelulusan kepada pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tertakluk kepada:-

    1. Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan;
    2. SPV milik Kerajaan Negeri Selangor dilantik sebagai operator bagi operasi dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Langat 2, Loji Rawatan Air Sungai Labu dan semua loji rawatan air baru di masa hadapan; dan
    3. Pelawaan kepada syarikat milik negeri untuk menawarkan pembinaan kemudahan perawatan air Langat 2.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti Splash, Abass dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:

    1. Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
    2. Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
    • Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
    1. Sentiasa memantau     dan     bertindak       sewajarnya    sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
    2. Masyarakat umumnya senitasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.

    Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.

  3. Dimanakah kawasan-kawasan di Negeri Selangor yang dikenal pasti masih belum menikmati bekalan air bersih (100%) pada masa kini?

    Di bawah Perjanjian Konsesi SYABAS, liputan bekalan air untuk kawasan luar bandar yang perlu dicapai oleh SYABAS adalah sekurang-kurangnya 98% pada tahun 2010.  Sehingga akhir tahun 2009, SYABAS telah mencapai liputan 99% bekalan air ke kawasan luar bandar. Selain SYABAS, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) juga mengadakan program untuk bekalan air ke kawasan-kawasan ladang.

    Mengikut rekod SYABAS, kawasan-kawasan yang masih belum ada

    bekalan air di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    Wilayah Gombak 1. Kg Sg Chincin, Batu 7
      2. Kg. Tengah Tambahan MRR2
      3. Kg. Belengkong
      4. Kg. Kemensah, Hulu Klang
      5. Kg. Nakhoda
      6. Taman Ampang Utama
      7. Taman Desa Pendidik, Hulu Klang
      8. Kg. Laksamana
    Wilayah Klang 1. Bagan Hailam
      2. Pulau Ketam
      3. Sungai Lima
      4. Kg. Sg. Sireh Tambahan 2
      5. Kg. Sg. Sireh Utama
      6. Kg. Keretapi
    Wilayah Kuala Selangor 1. Ladang Sg. Tengi
      2. Bukit Minyak
      3. Ladang Bukit Talang-Kg. Baru Division
      4. Ladang Bukit Ijok
      5. Kuil Sri Mariaman-Jalan Kepong Batu 26
      6. Batu 24, Jalan Rawang, Kg Sg Darah,

    Bestari jaya

      7. Gerai Puncak Alam Fasa 3
    Wilayah  Kuala Langat 1. Kg. Org Asli Bukit Kecil
    Wilayah Hulu Selangor 1. Ladang Changkat Asa-Ulu Bernam
      2. Ladang Bukit Tagar
      3. Ladang Nigel Gardner
      4. Ladang      buah-buahan      Felda      (Hulu

    Selangor)

      5. Lembah Beringin
    Wilayah Hulu Langat 1. Jalan Rahmad, Sungai Jai
      2. Jalan Tanah Wakaf, Teras Jernang
      3. Jalan Teratai, Batu 3, Jalan Semenyih
      4. Kampung Bukit Kepong
      5. Lorong Sungai Serai 1, Kg Sungai Serai

     

      6. Lorong Sungai Serai 10, Kg Sungai Serai
      7. Lorong Kubur, Batu 16 Dusun Tua
      8. Jalan Sungai Mampir, Batu 19, Sungai Lui
      9. Lorong Sebelah Masjid, Kg Jawa
    Wilayah Sabak Bernam 1. Parit 9 Hala Laut, Sekinchan
      2. Kg. Batu 23, Jalan Rezab Hala Laut

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.