Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
243) MBPJ DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah mekanisme penyelarasan antara kerajaan negeri dan MBPJ dalam menjayakan program ini?
- Program yang dilaksanakan di bawah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ turut melibatkan penyelarasan berkaitan pameran dan kaunter MES dari pihak kerajaan Negeri Selangor. Sebagai contoh program Mesra Rakyat di Desa Mentari dan Seminar Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) ”Memperkasa Komitmen Ke Arah Isi Rumah Berpendapatan Tinggi” yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Pihak Majlis turut memberi kerjasama dan komitmen dengan memberi data-data kebajikan rakyat di Petaling Jaya terhadap pelarasan kemasukan data ke dalam sistem IWORKFARE Kerajaan Negeri Selangor. Pihak Majlis turut memberi kerjasama menyokong usaha kerajaan negeri untuk membangunkan usahawan di Selangor dengan memberi maklumat kepada golongan yang berkenaan berkaitan latihan, seminar yang disediakan oleh pihak kerajaan
-
Dari segi manakah matlamat program MBPJ seiring dengan Program MES?
- Program PPKB yang dilaksanakan oleh pihak MBPJ terbahagi kepada 3 jenis iaitu program kebajikan berupa sumbangan perayaan, pendidikan dan bengkel menjana
- Sumbangan Perayaan
Peserta sumbangan perlu berdaftar dengan MBPJ sebagai peserta PPKB Petaling Jaya. Sumbangan Perayaan terbahagi kepada perayaan utama yang diraikan berdasarkan jumlah peserta PPKB yang berdaftar iaitu Hari Raya Aidilfitiri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Sumbangan perayaan berupa wang tunai dan barangan dapur.
- Pendidikan
Pihak Majlis turut mewujudkan Program Sekolah Angkat PPKB semenjak pertengahan tahun 2012. Program ini telah melibat 3 buah sekolah di Petaling Jaya iaitu Sekolah Menengah Damansara Damai, Sekolah Menengah Lembah Subang dan Sekolah Menengah Taman Medan. Sekolah ini dipilih berdasarkan majoriti penduduk di kawasan tersebut yang berpendapatan di bawah RM1,500.00. Pihak Majlis memperuntukkan RM2,000.00 1 bulan untuk pelaksanakan program pendidikan di setiap sekolah berkenaan.
- Bengkel Menjana Pendapatan
Bengkel Menjana Pendapatan terdiri daripada pelbagai jenis program seperti Program Latihan Kemahiran Giatmara, Kursus Terapi Badan (Khas kepada wanita untuk mengurut kaum ibu selepas bersalin) Kursus Menggunting Rambut Lelaki, Kursus Jahitan Baju Kurung Tradisional dan Kursus Jahitan Baju Kurung Moden. Bengkel lanjutan turut diadakan untuk memberi kemahiran dan pendedahan kepada para peserta supaya mereka dapat mengeluarkan produk serta kemahiran bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
-
Apakah garis panduan kerajaan bagi PBT untuk program seumpama ini?
- Buat masa ini kerajaan negeri belum mewujudkan garis panduan kepada PBT bagi program ini. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri akan mengkaji keperluan garis panduan tersebut untuk