Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
232) KEKOSONGAN PERJAWATANAN MAHKAMAH SYARIAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 menyatakan bahawa salah satu peningkatan bilangan kes yang belum selesai ialah kelewatan mengisi kekosongan jawatan hakim dan kakitangan sokongan di mahkamah Syariah di Selangor. Apakah prosedur pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan hakim dan kakitangan sokongan?
- Pelantikan semua jawatan hakim yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Hal ini kerana jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 hingga Gred Utama merupakan salah satu jawatan perkhidmatan Guna sama yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan JKSM selaku Ketua
Pihak pengurusan JAKESS bertanggungjawab mengemas kini perjawatan Hakim Syariah ini dari semasa ke semasa dan mengemukakan permohonan pengisian kepada JKSM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat kekosongan jawatan. Pengisian jawatan hakim ini terlebih dahulu memerlukan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebelum urusan penempatan dilaksanakan.
Manakala bagi pelantikan anggota Kumpulan Pelaksana, urusan ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) (kecuali bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Akauntan dan Penolong Pegawai Tadbir yang dilantik oleh SPA).
Pihak pengurusan JAKESS juga bertanggungjawab mengemas kini semua jawatan Kumpulan Pelaksana ini dari semasa ke semasa dan mengemukakan permohonan pengisian kepada SPANS melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat kekosongan jawatan.
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan masalah ini tidak berterusan?
- Masalah pengisian jawatan di JAKESS ini telah diselesaikan dari semasa ke semasa kerana urusan pelantikan pelbagai jawatan telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sama ada di peringkat SPA (Persekutuan) mahupun SPANS (Negeri). Pengemaskinian maklumat perjawatan oleh pihak pengurusan JAKESS perlu dilaksanakan secara berkala agar kekosongan jawatan sedia ada susulan pertukaran atau persaraan pegawai boleh diisi dengan kadar segera oleh
Di samping itu, Pentadbiran ini juga memberi kelonggaran kepada pihak JAKESS untuk melantik pegawai secara kontrak (sama ada secara Contract of Service (CoS) atau Contract for Service (CfS) atau sambilan (perkhidmatan maksimum selama enam (6) bulan sahaja). Pelantikan secara sementara ini secara tidak langsung boleh menampung kekosongan jawatan sedia ada yang memerlukan proses tawaran dan pelantikan yang agak lama.
Selain itu, pihak pengurusan JAKESS juga sedang dalam proses melaksanakan penstrukturan semula semua perjawatan sedia ada dan permohonan ini akan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi tujuan kelulusan selanjutnya. Penstrukturan semula ini dilaksanakan bertujuan melihat semula fungsi utama core-business jabatan di samping mengoptimakan perjawatan agar sistem penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan di masa hadapan.