Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

231) GERAN SELANGORKU BERBAKI RM100 JUTA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan peruntukan Geran Selangorku gagal mencapai kecekapan 100%?

    1. Punca utama permohonan terpaksa ditolak dan oleh itu tidak mencapai kecekapan 100% ialah:

     

    1. Isu infrastruktur:

     

    1. permohonan bertindih dengan peruntukan MARRIS atau dalam pelaksanaan JKR Negeri,
    2. dalam perhatian dan akan dilaksanakan oleh Agensi Persekutuan yang lain,
    • lokasi tapak bermasalah (tanah persendirian atau rizab JPS, Sungai, TNB, KTM, LRT)
    1. Melebihi had peruntukan bagi setiap DUN (RM1 juta)

     

    1. Bukan Infrastruktur:

     

    1. Cadangan program tidak menepati semangat asal geran
    2. Program tidak menjurus memberi manfaat terus kepada golongan yang disasarkan contohnya kos yang tinggi untuk perunding atau pengurus

     

  2. Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan berserta nilainya.

    1. Projek-projek yang telah diluluskan:

     

    1. Bukan Fizikal:

     

    GERAN SELANGORKU – RINGKASAN PROGRAM BUKAN

    FIZIKAL

  3. Apakah rancangan kerajaan terhadap baki yang belum digunakan?

    1. Berbekalkan pengalaman melaksanakan program Geran Selangorku, di mana kolaborasi pihak-pihak terbabit yang menjayakan sesuatu projek kini telah terjalin dengan baik, masanya kini sesuai untuk pecahan-pecahan Geran Selangorku diurus oleh Jawatankuasa Tetap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing berdasarkan keperluan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.