Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

225) PELABURAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan jumlah pelaburan tempatan dan pelaburan asing di Negeri Selangor mengikut sektor/industri dari tahun 2000-2013.

    1. Bagi menarik pelaburan asing, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan seperti berikut:-

     

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur

     

    1. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar

     

    • Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.

     

    1. Menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat multinasional yang ada di Negeri Selangor bagi membantu mempromosikan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara masing-masing.

     

    1. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak kedutaan-kedutaan asing di Malaysia bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Selangor.

     

    1. Promosi dan pengiklanan peluang-peluang pelaburan dalam majalah- majalah perniagaan dalam dan luar negara.

     

    • Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    • Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikan sistem penyampaian di Negeri

     

    1. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memantau isu-isu yang

     

    1. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di

     

    1. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.

     

    • Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.

     

    • Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus

     

    • Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudah cara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.
  2. Adakah pencapaian ini berbeza sebelum dan selepas 2008? Sila sokong jawapan dengan statistik perbandingan.

    1. Kelebihan strategi ini menunjukkan bahawa pelabur terus dibantu bukan sahaja di peringkat Negeri tetapi juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, kerjasama di antara pelabur dan Kerajaan menerusi penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang

     

    Ini terbukti menerusi statistik jumlah pelaburan yang direkodkan bagi tempoh 2008 hingga Ogos, 2013 yang mana secara keseluruhanya Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan pelaburan berjumlah RM 53,246,903,787 (RM 53.246 bilion) daripada 1,560 projek perkilangan yang diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.