Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
224) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR (PPAS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah perpustakaan Awam dan perpustakaan bergerak yang dikendalikan oleh PPAS mengikut pecahan daerah?
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan).
Bermula dengan pengambilalihan Kuala Lumpur Book Club sebagai Ibu Pejabat pada tahun 1971, perpustakaan-perpustakaan dikembangkan ke semua sembilan daerah dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Pekan, Perpustakaan Desa. Dan Perpustakaan Bergerak.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berpindah ke Shah Alam pada 16 November 1986 dan pada 15 Mac 1988, perpustakaan ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor dan diberikan nama Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU).
Pada tahun 2005 bersempena dengan perisytiharan Selangor Maju, DYMM Sultan Selangor telah menghadiahkan pembinaan sebuah bangunan perpustakaan yang baru.
Perpustakaan sekali lagi berpindah ke bangunan baru di Jalan Kelab Golf , Seksyen 13 Shah Alam pada 15 April 2011 manakala perkhidmatan perpustakaan dibuka kepada orang ramai pada 22 Julai 2011. Perpustakaan baru ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj pada 10 Disember 2011.
Perpustakaan ini menjadi ibu pejabat dan berfungsi mentadbir, menyelenggara serta menyelaras perpustakaan-perpustakaan di seluruh Negeri Selangor
Semenjak penubuhannya sehingga kini, PPAS telah mempunyai 96 buah perpustakaan di seluruh Selangor meliputi sebuah Ibu Pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 4 Perpustakaan Cawangan, 9 Perpustakaan Pekan, 72 Perpustakaan Desa dan 3 unit Perpustakaan Bergerak yang menjalankan perkhidmatan di seluruh Negeri Selangor.
Berikut merupakan taburan perpustakaan mengikut jenis perpustakaan dan pecahan mengikut daerah:
Kategori Perpustakaan Daerah Pusat Daerah
Cawangan Pekan Desa Bergerak Jumlah Petaling
1
–
–
–
4
–
5
Klang
–
1
1
1
4
1
8
Kuala Langat
–
1
–
–
9
1
11
Kuala
–
1
1
1
11
–
14
Selangor Sabak
–
1
–
2
22
1
26
Bernam Hulu Langat
–
1
1
3
7
–
12
Hulu
–
1
–
1
7
–
9
Selangor Gombak
–
1
1
–
2
–
4
Sepang
–
–
–
1
6
–
7
Jumlah
1
7
4
9
72
3
96
-
Sila senaraikan butiran terperinci nama ahli lembaga pengarah PPAS,elaun mesyuarat,elaun bulanan dan kesemua kemudahan yang diterima sejak 2008 sehingga 2013?
- Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dilantik melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan) yang terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, 4 ahli atas nama jawatan dan sekurang-kurangnya 6 orang ahli lain atau lebih hendaklah dilantik oleh Raja dalam
Berikut adalah Ahli Lembaga Pengarah PPAS bagi sesi Jun 2011 sehingga Mei 2014:
1. Pengerusi Y.B. Dr. Hajah Halimah bt. Ali
2. Timbalan Pengerusi YBhg. Puan Dr. Uzaimah bt. Ibrahim
3. Ahli Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau wakil)
Y.B. Dato’ Noordin bin Sulaiman
(Pegawai Kewangan Negeri Selangor atau wakil)
Tuan Haji Mahmud bin Karim
(Pegawai Pelajaran Negeri Selangor atau wakil)
Encik Kamaruddin bin Mat Nata
(Wakil Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia)
Encik Kamal bin Sujak
(Wakil Persatuan Pustakawan Malaysia)
Y.D.H Dato’ Hj. Emran bin Hj. Kadir
Y.B. Puan Lee Kee Hiong
YBhg. Tuan Manoharan a/l Malayalam YBhg. Tuan Lee Kim Sin
Encik Mohd Jamali bin Salamon Encik Rahimi bin Md. Saad
Puan Faridah bt. Talib
Ahli Lembaga Pengarah PPAS hanya dibayar elaun bagi kehadiran mesyuarat sahaja.
Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah PPAS tidak dibayar samada elaun bulanan atau menerima lain-lain kemudahan.
Jumlah elaun kehadiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Jawatan Elaun Kehadiran Mesyuarat Pengerusi Timbalan Pengerusi Ahli RM 600.00
RM 300.00
RM 300.00
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang diterima oleh PPAS dan nyatakan apakah perancangan dan usaha yang dilakukan oleh PPAS bagi memupuk budaya membaca warga Negeri Selangor?
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi keperluan perbelanjaan
Bagi tahun 2013 terimaan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM 16,533,492 juta. Pecahan peruntukan adalah sebagaimana berikut:
Tahun
Peruntukan Persekutuan Peruntukan Negeri Jumlah
2013
RM 7,333,492.00
RM 9,200,000.00
16,533,492.00
Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), setiap tahun sentiasa merancang program-program bagi mengalak kan budaya membaca serta mempelbagaikan penyampaian ilmu.
Program-program menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat, dirancang dengan melibatkan semua kategori komuniti iaitu, kanak-kanak, remaja, dewasa serta warga emas.
Antara langkah-langkah yang di ambil adalah seperti berikut:
1. HARI ILMU NEGERI SELANGOR
Bermula pada 26 Jun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan Hari Ilmu Negeri Selangor, majlis perasmian telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Program ini mengajak rakyat meneruskan budaya membaca dengan menjenama gerakan membaca. Saban tahun, hari ilmu akan diisi dengan program-program bermanfaat
seperti membaca serentak beramai-ramai melalui kempen “15 minutes reading break”, bacaan kegemaran saya, puisi, pidato, kuiz dan sebagainya.
Tahun Tema Pencapaian Catatan 2010
Gerakan Membaca Perdana – ‘The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia’
15,271
peserta/ Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records
Disempurnakan oleh:
D.Y.M.M. Sultan Selangor
Di Tasik Shah Alam
Pelancaran Gerakan Menulis Perdana 2010 Tema : Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan’ 2011
– Konvensyen Penulis
300 penulis
2,125
peserta
Di Pusat konvensyen Shah Alam
– Tokoh Penulis Selangor 2011 – Berhenti Sebentar, Jom Baca (15 minutes reading break)
2012
– Tokoh Penulis Selangor 2012
Seorang Seorang
7,275
penyertaan
Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan
Dilaksanakan di 9 daerah Negeri Selangor
– Tokoh Pustakawan Selangor 2012 – Baca & Amalkan (15 minutes reading break)
2013
– Baca, Amal dan Sumbangkan
741 naskah Sumbangan buku oleh sumbangan pengunjung pesta
buku buku.
– Gerakan Menulis Perdana Ke 2 Tema: Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor’
Program masih berjalan Pengisian Hari Ilmu 2013 melibatkan agenda seperti berikut:
- Gerakan Menulis Perdana Kedua dengan tema ”Bagaimana Mengehsankan Insan di Selangor Darul Ehsan – cadangan dan pendapat anda”. Program ini telah dilancarkan pada 15 Mac
- Program “15 minutes reading break” telah dilaksanakan semasa sambutan Hari Buku Sedunia pada 23-24 April 2013 di 7 lokasi perpustakaan yang berbeza di seluruh Negeri Selangor
- Program “Baca, Amal dan Sumbangkan” melalui peti sumbangan yang disediakan di SACC dan sejumlah 741 naskah buku sumbangan
2. PESTA BUKU NEGERI SELANGOR
Pesta Buku negeri Selangor telah bermula pada tahun 2006 dan telah mendapat sambutan dari masyarakat sehinggalah ia dinamakan sebagai Pesta Buku ke 2 terbesar selepas Pesta buku Kuala Lumpur. Pesta Buku Selangor bertujuan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini.
Perkara
Tahun 2009
Tahun 2010
Tahun 2011
Tahun 2012
Tahun 2013
Tarikh
24 Julai –
3 Ogos
Kompleks PKNS
64
114
390,961
25 Jun –
5 Julai
Kompleks PKNS
58
114
423,315
24 Jun –
3 Julai
Pusat Konvensyen Shah Alam
75
157
353,530
29 Jun-
9 Julai
Pusat Konvensyen Shah Alam
86
163
348,235
24 Mei –
3 Jun
Tempat Pusat Konvensyen Shah Alam Pempamer 81 Gerai/Booth 163 Pengunjung 312,290 Kempen Kahlian Baru
2,027 904 1,661 3,161 3,225
3. PROGRAM GALAKAN MEMBACA, GALAKGUNA PERPUSTAKAAN DAN PEMBUDAYAAN ILMU
Di dalam skala sederhana dan kecil semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan:
Di antara aktiviti dan program menuntut ilmu yang dilaksanakan adalah:
- Bicara buku (karya penulis tempatan)
- Kuiz/uji /ekplorasi minda
- Pertandingan bercerita, membaca pantas dan tulisan jawi,
- Pidato, deklamasi sajak dan
- Seminar Sejarah Lisan
- Sambutan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa
- Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
- Bengkel Jejak Maklumat
- Bengkel ICT
- Pengkisahan sejarah
- Ulasan Buku
- Kelas Al Quran & Tajwid
- Bina Minda melalui permainan
- Pameran Sempena Sambutan hari Kemerdekaan
Berikut adalah statistik program dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri Selangor perbandingan 2010 sehingga Oktober 2013:
Tahun Jumlah Aktiviti 2010
522 aktiviti
2011
1,021 aktiviti
2012
1,824 aktivti
2013
(sehingga Oktober)
1,864 aktiviti
4. PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding)dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunan-bangunan perpustakaan mula di jenama, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-
- Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini(termasuk pembangunan koleksi bahasa cina dan tamil di sebahagian perpustakaan yang di jenama semula)
- Infrastruktur
- Ruang bacaan yang lebih santai
- Perabot yang serba moden
- Perkhidmatan multimedia
- Internet dan wifi percuma,
- Pusat siber rakyat,
- Kemudahan kafeteria dan surau serta tandas yang
Berikut adalah perpustakaan yang dibaik pulih dengan konsep penjenamaan semula (rebranding) dan telah berjaya menjadikan lebih ramai masyarakat berminat untuk menuntut ilmu:
Bil Tarikh Pembukaan/ Perasmian Perpustakaan 1. 15/4/2010 Perpustakaan Bukit Beruntung 2. 20/4/2010 Perpustakaan Semenyih 3. 18/10/2010 Perpustakaan Sri Manja 4. 31/5/2011 Perpustakaan Sri Perantau 5. 18/10/2011 Perpustakaan Ampang Water Front 6. 9/6/2012 Perpustakaan Pandan Jaya 7. 21/2/2013 Perpustakaan Kajang 8. 24/3/2013 Perpustakaan Rawang 9. 1/7/2013 Perpustakaan Sungai Udang Sesungguhnya usaha-usaha bagi mengalakkan budaya membaca dan penyampaian ilmu oleh kerajaan Negeri tidak tertumpu kepada perpustakaan atau sekolah malah menjadi tanggungjawab sosial semua pihak termasuk jabatan/agensi/anak syarikat serta sektor korporat negeri Selangor.
5. Program Galakan Membaca Kebangsaan Tahun 2014
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Majlis Pengarah- pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia yang juga dianggotai oleh Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak merancang untuk menjalankan Program Galakan Membaca Kebangsaan secara serentak di seluruh Negara bagi memberi impak yang lebih meluas kepada masyarakat.
Di antara program yang dicadangkan ialah:
- Kempen Berhenti Sebentar, Jom Baca (lets read together)
(Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia)
- Pelancaran Sahabat Perpustakaan (Friends of Library)
(Sempena Hari Belia Negara)
- Pameran Memori Korporat (Sempena Hari Kemerdekaan)
- Pelancaran: ‘Kids For Nation’ – Ilmu diJunjung, Warga Emas diSanjung (Sempena Hari Warga Emas dan Hari Kanak-Kanak Sedunia)