Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
219) BANTUAN RM1000 KEPADA PELAJAR YANG BAHARU MEMASUKI UNIVERISITI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima bantuan berkenaan sehingga sekarang dan jumlah peruntukan yang sudah dikeluarkan?.
- Jumlah penerima yang telah memperolehi manfaat daripada Program Hadiah Anak Masuk Universiti sehingga 31 Oktober 2013 adalah seramai 36,125 orang dengan jumlah peruntukan yang telah dibayar iaitu sebanyak RM36,125,000.00.
-
Nyatakan jumlah pelajar dan pusat pengajian tinggi yang terlibat?
- Jumlah keseluruhan pelajar yang telah berjaya menerima manfaat ini adalah sebanyak 36,125 orang di mana seramai 23,228 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala bakinya seramai 12,897 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).